awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM

Bernama
Bernama
19/04/2024
20:30 MYT
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Mohd Uzir berkata sektor perkhidmatan meningkat 4.4 peratus pada suku pertama 2024. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dianggarkan berkembang 3.9 peratus pada suku pertama 2024 berdasarkan anggaran awal Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) berbanding 3.0 peratus pada suku sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan pada Jumaat berkata sektor perkhidmatan meningkat 4.4 peratus pada suku pertama 2024, disokong oleh subsektor perdagangan borong dan runcit, pengangkutan dan penyimpanan dan perkhidmatan perniagaan.
DOSM dalam kenyataan sama berkata sektor pembuatan mencatatkan pemulihan kepada 1.9 peratus pada suku tahun ini selepas menyusut 0.3 peratus pada suku keempat 2023.
Pertumbuhan sektor ini disokong oleh pembuatan produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka; peralatan pengangkutan, pembuatan lain dan pembaikan; serta produk petroleum, kimia, getah dan plastik, katanya.
Menurut kenyataan itu, perlombongan dan pengkuarian berkembang sebanyak 4.9 peratus pada suku pertama 2024 (suku keempat 2023: 3.8 peratus) dan pertumbuhan ini didorong oleh peningkatan dalam semua aktiviti, dengan subsektor gas asli menjadi penyumbang utama.
Mohd Uzir pula berkata sektor pertanian meningkat 1.3 peratus (suku keempat 2023: 1.9 peratus) pada suku ini, disumbangkan oleh pengeluaran sawit dan ternakan.
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#KDNK
#perkhidmatan perniagaan
#produk petroleum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan