awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ke arah pengukuhan kedudukan pasaran, Astro ambil langkah proaktif

Astro Awani
Astro Awani
07/12/2018
11:01 MYT
Ke arah pengukuhan kedudukan pasaran, Astro ambil langkah proaktif
Menurut Astro, persaingan terus meningkat dalam dunia yang semakin tidak bersempadan dan digital.
Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) mengambil langkah proaktif untuk mengukuhkan semula kumpulan itu bagi mengukuhkan kedudukannya di pasaran agar kekal relevan pada tahun-tahun akan datang.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Henry Tan dalam satu kenyataan hari ini berkata, persaingan terus meningkat dalam dunia yang semakin tidak bersempadan dan digital.
"Industri media dan hiburan kini beroperasi dalam persekitaran disruptif yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Pemain industri dikehendak menyesuaikan diri dengan pantas untuk kekal relevan dalam realiti baru ini.
"Justeru, Astro proaktif untuk mengukuhkan semula kumpulan bagi mengukuhkan kedudukannya di pasaran dan kekal relevan pada tahun-tahun akan datang," katanya.
Astro juga akan melaksanakan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) kepada kakitangannya berikutan landskap ekonomi keseluruhan yang mencabar.
Astro berkata, langkah itu akan membolehkan kumpulan tersebut meningkatkan kecekapan operasi dan mengurangkan perbelanjaan operasi tahunan.
Skim tersebut ditawarkan semata-mata secara sukarela dan syarikat berkenaan telah menyediakan program peralihan yang akan memberi sokongan yang tepat kepada pekerja yang memilih VSS, termasuk program latihan kejurulatihan dan peningkatan kemahiran.
Topic Berkaitan
#Astro
#ekonomi
#hiburan
#Malaysia
#Media
#operasi
#VSS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan