awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebimbangan mengenai El Nino pacu niaga hadapan MSM ditutup tinggi

Bernama
Bernama
09/06/2023
14:24 MYT
Kebimbangan mengenai El Nino pacu niaga hadapan MSM ditutup tinggi
Corak iklim El Nino yang dijangka menjadi kenyataan pada bulan-bulan mendatang, akan turut menyebabkan pengeluaran MSM susut kerana keadaan cuaca yang lebih kering. - Foto: DagangNews
KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini berbanding penurunan semalam, berikutan kebimbangan mengenai impak fenomena cuaca El Nino.
Peniaga minyak sawit David Ng memberitahu Bernama, corak iklim El Nino yang dijangka menjadi kenyataan pada bulan-bulan mendatang, akan turut menyebabkan pengeluaran MSM susut kerana keadaan cuaca yang lebih kering.
Dalam pada itu, Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani pula menyifatkan momentum kenaikan harga pasaran minyak kacang soya di Lembaga Dagangan Chicago, turut menjejaskan sentimen bagi pembelian komoditi itu.
Sewaktu ditutup, kontrak Jun 2023 dan Ogos 2023 masing-masing menokok RM103 kepada RM3,478 satu tan dan RM3,367 satu tan manakala Julai 2023 dan September 2023 masing-masing menambah RM104 kepada RM3,408 satu tan dan RM3,366 satu tan.
Kontrak Oktober 2023 naik RM108 kepada RM3,379 satu tan dan November 2023 meraih RM106 kepada RM3,393 per tonne.
Jumlah dagangan melonjak kepada 65,064 lot daripada 58,676 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka naik kepada 265,572 kontrak daripada 257,770, sebelum ini.
Harga fizikal MSM bagi Jun Selatan naik RM30 kepada RM3,450 satu tan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#minyak sawit mentah
#El Nino
#pengeluaran
#cuaca kering
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan