KUALA LUMPUR: Seminar saham terbesar di Malaysia tahun 2022 kini kembali menerusi program Menang Saham Bursa yang dianjurkan secara percuma bersama Pakar Pelaburan Saham dan Pengurus Wang Bertauliah Datuk Nazri Khan Adam Khan (DDNK).

Program berlangsung selama dua hari bermula pada Sabtu itu menerima pendaftaran sebanyak 20,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Kelas secara dalam talian itu memberi ilmu intensif kepada peserta bagi teknik dan strategi terbaik selain pelbagai kaedah paling mudah untuk menjana pulangan yang baik daripada saham-saham hebat serta patuh syariah di Bursa Malaysia.

Menang Saham Bursa | Seminar saham terbesar di Malaysia tahun 2022

Menurut Nazri Khan, beberapa inisiatif dikongsi bersama peserta menerusi sektor pelaburan patuh syariah dalam Bursa Malaysia, sekali gus dapat membantu memulihkan ekonomi kehidupan mereka.

“Kita tahu ramai yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19 dan orang ramai mula sedar betapa pentingnya mencari pendapatan kedua dan tidak boleh hanya bergantung pada satu sumber sahaja.

“Anda hanya perlukan sebiji telefon bimbit, ilmu yang betul bagi menjana duit lebih daripada pelaburan saham ini mengikut masa anda dan boleh buat duit di mana mana sahaja.

“Di pasaran global terdapat sekitar 100,000 saham, 70,000 saham patuh Syariah. Di Bursa Malaysia sahaja terdapat lebih 665 syarikat tersenarai yang patuh Syariah,” katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui semasa program Menang Saham Bursa pada Sabtu.

DDNK berkongsi teknik paling mudah yang mampu menjana pulangan sebanyak 70 hingga 80 peratus ketika waktu ‘power hour’.


Beliau berkata, amnya teknik yang digunakan adalah kaedah saham dilakukan oleh syarikat-syarikat gergasi selain mengambil peluang bagi potensi-potensi saham pelbagai sektor ‘panas’ pada setiap hari.

“Apabila mereka membeli saham, kita juga akan membeli dan sekiranya mereka melepaskan saham itu maka kita akan berbuat perkara sama. Itu antara teknik paling mudah dan kemungkinan mendapat pulangan sebanyak 70 hingga 80 peratus ketika waktu ‘power hour’.

“Waktu ‘power hour’ merupakan tempoh paling 'liquid volume' dan banyak syarikat-syarikat gergasi sedang ‘masuk’. Teknik ini kita dedahkan kepada peserta yang menyertai kelas selama dua hari ini.

“Paling menarik, saya akan berkongsikan dan paparkan secara langsung dagangan menggunakan akaun demo,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menawarkan sebanyak 10 siri video tentang saham secara eksklusif yang boleh diperoleh secara percuma di www.menangsaham.com sekarang.

Ingat, tak handsome tak pa, janji kaya!


Imbas kod QR bagi mendapatkan tips pelaburan dan kewangan secara percuma!




* Kenyataan Penafian: Program ini bertujuan pendidikan sahaja dan tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.