KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi tumpuan kepada tiga perkara utama tahun ini bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi pada 2026.
Ini termasuklah pengukuhan fiskal dengan menumpukan kepada peningkatan hasil dan rasionalisasi perbelanjaan termasuk subsidi yang lebih bersasar, kata Kementerian Ekonomi.
Ia berkata kerajaan juga akan mengenal pasti sumber pertumbuhan baharu termasuk industri berteknologi tinggi dan mengutamakan pendigitalan seperti elektrik dan elektronik, aeroangkasa, pertanian pintar dan biojisim serta mereformasi struktur ekonomi ke arah rantaian nilai yang lebih tinggi.
Katanya tumpuan kepada tiga perkara utama tersebut adalah selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang turut memberi penekanan kepada mengembangkan ekonomi berasaskan sektor perkhidmatan, memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta menggalakkan penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi.
"Pendapatan Negara Kasar (PNK) perkapita pada harga semasa meningkat daripada RM42,823 pada tahun 2020 kepada RM52,819 pada tahun 2022," kata Kementerian Ekonomi dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, pada Khamis.
Kementerian Ekonomi berkata demikian bagi menjawab soalan Prabakaran M Parameswaran (PH-Batu) yang meminta kerajaan menyatakan cara paling tuntas bagi menaikkan pendapatan negara untuk mengimbangi kos sara hidup yang tinggi.
Menurut kementerian tersebut, sektor swasta digalak memainkan peranan penting sebagai pemangkin utama pertumbuhan ekonomi negara dan pemacu produktiviti di peringkat sektor dan perusahaan.
"Platform Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) akan diaktifkan semula bagi mempercepat dan memudahkan urusan perniagaan dan industri serta menjalin hubungan strategik yang kukuh di antara pihak kerajaan dan swasta," kata kementerian itu lagi.
Kementerian Ekonomi berkata model ekonomi negara perlu disesuaikan dengan keadaan semasa dan penekanan perlu diberikan untuk mereformasikan struktur ekonomi ke arah rantaian nilai yang lebih tinggi bagi mengukuhkan pertumbuhan dalam semua sektor.
"Sumber ekonomi akan ditumpukan untuk membina keupayaan teknologi Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) yang berupaya menyokong perluasan dan pengoptimuman teknologi 4IR, iaitu kecerdasan buatan (AI), internet pelbagai benda (IoT), blockchain, pengkomputeran awan dan analitis data raya serta bahan dan teknologi termaju.
"Kerajaan juga akan memberi penekanan kepada sumber pertumbuhan yang berpotensi seperti sektor berkaitan pelancongan serta yang berasaskan pertanian dan komoditi.
"Industri yang berasaskan komoditi, terutamanya dalam sektor pembuatan akan meningkatkan nilai tambah dalam rantaian bekalan di samping mengukuhkan daya tahan negara," kata kementerian itu bagi menjawab soalan Tan Kok Wai (PH-Cheras) berhubung reformasi struktur dan transformasi ekonomi yang diperlukan untuk Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi.
Kementerian Ekonomi berkata semakan semula sasaran untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi akan turut dilaksanakan.
"Malaysia masih mempunyai jurang sebanyak 9.1 peratus untuk mencapai tahap negara berpendapatan tinggi.
"Nilai ambang PNK perkapita minimum yang ditetapkan oleh Bank Dunia adalah sebanyak AS$13,206 pada tahun 2021, dan semakan awal menunjukkan Malaysia dijangka mencapai status negara berpendapatan tinggi di antara tahun 2025 hingga 2026.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2023

Malaysia masih mempunyai jurang sebanyak 9.1 peratus untuk mencapai tahap negara berpendapatan tinggi. - Gambar hiasan

Lawatan ke China bawa pulangan besar kepada negara - PM
Malaysia dan China bersetuju untuk memantapkan dan membawa hubungan dua hala kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi.

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah
Kementerian Pendidikan (KPM) tidak menghalang mana-mana pihak termasuk ahli politik, sama ada daripada pihak kerajaan ataupun pembangkang untuk mengadakan program atau diundang menyertai program, yang diadakan di kawasan sekolah.

Syarikat china gaji rakyat Malaysia, beri latihan
Syarikat China yang menjalankan projek di Malaysia akan memberikan keutamaan kepada pekerja tempatan dan memberikan latihan kepada mereka.

Malaysia dan China permudah kemasukan pelancong
Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan untuk menambah frekuensi penerbangan ke atau dari China.

Liga Super: Reis selamatkan maruah Kedah di Kuantan
Jonathan Reis menyelamatkan Kedah Darul Aman FC daripada pulang tanpa sebarang mata selepas mengikat Sri Pahang FC, 1-1.

CSM sasar kutipan dana RM1.3 juta untuk Misi Ramadan ke-10 ke Syria dan Turkiye
CSM mensasarkan kutipan dana sebanyak RM1.3 juta bagi Misi Ramadan ke-10 CSM ke bumi Syria dan Turkiye.

11 terbunuh rempuhan di pusat agihan makanan
Suasana pilu menyelebungi pengebumian seorang remaja lelaki 14 tahun yang terbunuh dalam rempuhan di pusat agihan makanan dan wang tunai.

"Belajar banyak perkara baharu lepas kahwin" - Neelofa
Doa orang ramai juga banyak mengiringi perjalanan Neelofa dan suami dalam mengendali bahtera perkahwinan.

Tiga pesakit pulih penglihatan ihsan Allahyarham Finno Joitol
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit.

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

Harga makanan siap dimasak catat penurunan pada Feb, harga sayur meningkat - Rafizi
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan harga makanan siap dimasak di kedai atau restoran telah mencatatkan penurunan bagi bulan Februari tahun ini.

Semak harga barangan di lokaliti tertentu guna aplikasi KitaJaga - Rafizi
Rakyat boleh menyemak harga barangan harian di lokaliti tertentu menerusi aplikasi penyemakan harga barangan KitaJaga mulai hari ini.

Kerajaan kemas kini had pendapatan setiap kumpulan isi rumah, jangka terbit laporan pertengahan 2023
DoSM pada tahun 2020 telah menjalankan kajian menggunakan simulasi untuk mengambil kira impak pandemik COVID-19 kepada pendapatan isi rumah.

Kementerian Ekonomi tumpu tiga perkara utama bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi
Kerajaan akan memberi tumpuan kepada tiga perkara utama tahun ini bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi pada 2026.

Kementerian Ekonomi akan muktamadkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga dalam masa 3 bulan
Kementerian Ekonomi akan memuktamadkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga untuk menterjemahkan Dasar Tenaga Negara kepada projek peralihan tenaga.

Rafizi akan maklumkan perkembangan, perancangan ekonomi jam 8 pagi ini
Ia adalah bagi memaklumkan tentang perkembangan terkini dan perancangan beliau bersama Kementerian Ekonomi pada sesi berkenaan.

Kerajaan Thailand dikecam sekat laman web lucah terkenal
Tindakan itu melibatkan lebih 190 alamat URL bagi semua syarikat pembekal Internet dan operator telefon di negara itu.

Thailand ambil tindakan undang-undang terhadap Facebook, Twitter
Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat Thailand memfailkan aduan kepada polis jenayah siber terhadap Facebook dan Twitter.