awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Perladangan kemuka cadangan bantuan kewangan sokong aktiviti penanaman semula - Fadillah

Bernama
Bernama
03/10/2023
00:20 MYT
Kementerian Perladangan kemuka cadangan bantuan kewangan sokong aktiviti penanaman semula - Fadillah
Fadillah berucap ketika melancarkan Persidangan Minyak Sawit Kebangsaan Persatuan Minyak Sawit Malaysia di Kuala Lumpur semalam. - Facebook Kementerian Perladangan dan Komoditi
KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi telah mengemukakan cadangan peruntukan bantuan kewangan untuk menyokong aktiviti penanaman semula terutamanya yang diusahakan oleh pekebun kecil dalam industri sawit, kata menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof.
Fadillah, yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri berkata cadangan itu kini sedang menunggu kelulusan daripada Kementerian Kewangan.
"Kita perlu menunggu pengumuman belanjawan. Apa yang telah kita lakukan adalah mencadangkan pembiayaan tertentu bagi usaha penanaman semula, terutamanya bagi pekebun kecil dalam industri minyak sawit.
"Pada masa yang sama, kita memperkatakan tentang inisiatif (malah) kepada pemain besar untuk penanaman semula dan sebagainya, kerana kos menjalankan perniagaan dalam sektor komoditi tani semakin meningkat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Minyak Sawit Kebangsaan (NPOC23) Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) di sini, semalam.
Fadillah berkata kementeriannya sedang mengambil langkah untuk membantu pemain industri bagi memastikan mereka mencapai bukan sahaja kemampanan tetapi juga daya saing dalam pasaran global.
"Memandangkan persaingan global dalam sektor pertanian semakin sengit, Kementerian mahu memastikan Malaysia terus kekal mampan dan berdaya saing dalam pasaran," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#industri sawit
#bantuan kewangan
#penanaman semula kelapa sawit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan