awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kempen Undi Mydin: 'Menang besar untuk rakyat'

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
22/07/2025
10:25 MYT
Kempen Undi Mydin: 'Menang besar untuk rakyat'
Ameer (kanan) merasmikan Kempen Pilihan Raya Mydin 2025 di Mydin Subang Jaya di sini, pada Selasa. - Gambar/ Ikqwan Lee/ Astro AWANI
SUBANG JAYA: Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) terus komited membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup dengan melancarkan Kempen Pilihan Raya MYDIN 2025 bertemakan “Pilihan Rakyat, Harga Rakyat”.

Ringkasan AI
  • Mydin melancarkan Kempen Pilihan Raya MYDIN 2025 bertemakan -Pilihan Rakyat, Harga Rakyat- dari 24 Julai hingga 6 Oktober, dengan ganjaran lebih RM400,000 ditawarkan kepada pelanggan melalui undian jenama kegemaran di aplikasi Mydin Rewards.
  • Kempen ini memperkenalkan konsep undian menyerupai pilihan raya dengan 26 kerusi Parlimen dan 85 kerusi DUN ditawarkan kepada jenama bertanding, di mana jenama dengan undian tertinggi akan dinobatkan sebagai -Yang Berharga-.
  • Pelbagai promosi seperti -Janji PWP Ditepati- dan -Manifesto Ahli Meriah- ditawarkan, dengan nilai keseluruhan ganjaran dan diskaun dianggarkan mencecah RM6.8 juta; maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi dan media sosial Mydin.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, antara yang menarik ialah pengenalan "Ganjaran Rakyat," memberi peluang pelanggan memenangi baucar dan wang tunai lebih RM400,000.
"Pelanggan berpeluang memenangi pelbagai ganjaran istimewa apabila mereka mengambil bahagian dalam proses 'pengundian' jenama kegemaran melalui aplikasi Mydin Rewards dari 1 hingga 16 September 2025.
"Kempen ini akan berlangsung dari 24 Julai hingga 6 Oktober 2025 di semua cawangan dan platform dalam talian Mydin, dengan pelbagai promosi dan inisiatif menarik yang menanti pelanggan.
“Ganjaran ini merupakan tanda penghargaan kami kepada pelanggan setia yang terus menyokong Mydin. Kami mahu mereka bukan sahaja mendapat barangan keperluan pada harga rendah, malah dihargai dengan pulangan sebenar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Kempen Pilihan Raya Mydin 2025 di Mydin Subang Jaya di sini, pada Selasa.
Ameer berkata, kempen itu turut memperkenalkan elemen undian menyerupai pilihan raya sebenar, di mana sebanyak 26 kerusi Parlimen dan 85 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditawarkan kepada jenama-jenama yang bertanding.
"Jenama yang menerima undian tertinggi akan dinobatkan sebagai YB atau "Yang Berharga."
"Bermula 24 Julai hingga 31 Ogos 2025, setiap pembelian satu unit produk daripada jenama yang bertanding akan dikira sebagai satu undi fizikal.
"Manakala dari 1 hingga 16 September, pelanggan boleh mengundi secara dalam talian melalui aplikasi Mydin Rewards," katanya.
Selain promosi seperti “Janji PWP Ditepati” dan “Manifesto Ahli Meriah”, nilai keseluruhan ganjaran dan diskaun yang ditawarkan dalam kempen ini dianggarkan mencecah RM6.8 juta, menjadikan ia antara inisiatif paling besar pernah dianjurkan oleh Mydin.
Topic Berkaitan
#MYDIN
#Kempen Pilihan Raya MYDIN 2025
#promosi Mydin
#Ameer Ali Mydin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan