Syarikat penerbangan tambang rendah terbesar Asia, AirAsia, berkata penyeragaman caj perkhidmatan penumpang (PSC) antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) mungkin memberi impak negatif ke atas industri pelancongan.
Pengerusi Eksekutif AirAsia Datuk Kamarudin Meranun, berkata kajian terperinci perlu dilakukan sebelum Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) menaikkan PSC ke atas pelepasan antarabangsa dari klia2.
"Saya rasa tidak wajar mengenakan caj ke atas pengguna bagi jenis perkhidmatan yang sama yang ada di KLIA dan klia2.
"Ada gambaran lebih besar mengenainya. Dengan menurunkan atau mengekalkan PSC, lebih ramai orang akan menggunakan perkhidmatan udara, anda merrangsang lebih banyak perjalanan dan akan memberi kesan pengganda ke atas ekonomi secara menyeluruh," katanya selepas melancarkan wajah baharu majalah perjalanan AirAsia 3Sixty sempena meraikan sambutan ulang tahun ke-10nya di sini pada Jumaat.
Mavcom sebelum ini merancang menyeragamkan kadar antara dua terminal, dengan PSC antarabangsa klia2 akan dinaikkan daripada RM50 kepada RM73, menyamai kadar pelepasan antarabangsa di KLIA, mulai Januari depan.
Namun, suruhanjaya itu baru-baru ini berkata semakan semula kadar terbabit masih dijalankan.
"Kami berharap kerajaan akan mengkajinya dan menimbang semula cadangan daripada Mavcom. Kajian mendalam perlu dilakukan sebelum pelaksanaannya.
"Kami percaya wujud perbezaan besar antara KLIA dan klia2. Dapatkan pandangan jujur daripada pengguna. Jika caj PSC setara, ia akan memberi kesan ke atas perjalanan," katanya.
Majalah AirAsia Travel 3Sixty berwajah baharu itu mengandungi logo baharu, kandungan serta penjenamaan menyeluruh, dan syarikat penerbangan itu juga melancarkan laman web baharu Travel 3Sixty.com yang merupakan sebahagian daripada strategi pendigitalannya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 06 2017
Penyeragaman PSC antara KLIA dan klia2 mungkin memberi impak negatif ke atas industri pelancongan. -Gambar fail
Tiga ditahan disyaki larikan, pukul lelaki
Polis menahan tiga lelaki dipercayai melarikan dan mencederakan seorang mangsa lelaki berusia 30-an menggunakan senjata tumpul Jumaat lepas.
OIC digesa lerai ketegangan Asia Barat dicetuskan Israel - Mohamad
Malaysia menggesa tindakan lebih tegas dalam menyelesaikan ketegangan di Asia Barat yang berpunca daripada pendudukan haram Israel di Palestin sejak tujuh dekad lalu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerjasama parti komponen Kerajaan Perpaduan amat baik - Chang
Kerjasama dipamerkan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) amat baik, menurut Naib Presiden PKR Chang Lih Kang.
Pelan pengurusan bencana jika berlaku kejadian luar jangka
Naib Konsul Haji Malaysia & Pengarah Operasi Madinah, Ashrof Shamsuddin beri jaminan, jemaah haji Malaysia musim kali ini tidak perlu risau dengan kemungkinan berlaku bencana luar jangka sama ada di Madinah atau Mekah kerana kerajaan mempunyai pelan pengurusan bencana yang akan dilaksanakan jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
Sentimen pengundi fasa akhir kempen
Wartawan Firdaus Azil melakukan tinjauan sekitar Kuala Kubu Baharu dalam fasa akhir pilihan raya kecil.
Faisal Halim stabil, alami kelecuran tahap dua - Exco
Kelecuran tahap dua di beberapa bahagian tubuh Faisal adalah di sekitar leher, bahu, lengan dan dada kata Najwan Halimi.
Pamer gambar Agong: Biar polis siasat - Amirudin
Polis menahan dua lelaki dan merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda kerana mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong pada kempen PRK KKB, semalam.
PM sentiasa utamakan agenda Pemerkasaan Masyarakat India - Ramanan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa mengutamakan agenda "Pemerkasaan Masyarakat India" seiring dengan proses pembangunan negara.
Hannah Yeoh mahu PDRM ambil tindakan terhadap pelaku
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengutuk insiden yang berlaku kepada Faisal Halim. Menurutnya, beliau mengecam sekeras-kerasnya keganasan terhadap atlet.
[TERKINI] Faisal Halim dalam keadaan stabil
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata Faisal dilaporkan berada dalam keadaan stabil dengan menerima rawatan di sebuah hospital di Petaling Jaya.
AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api
AirAsia yakin mampu tangani kenaikan harga bahan api dan pergerakan mata wang tidak menggalakkan yang berpanjangan, yang terus meningkatkan cabaran global.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Pembatalan penerbangan: AirAsia sedia pilihan kepada penumpang
Bo Lingam berkata penumpang yang ingin melakukan perubahan tempahan secara dalam talian boleh berbuat demikian di airasia.com atau AirAsia MOVE.
AirAsia tawar menu nasi lemak dua kali saiz
Santan memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special), hidangan ikonik yang kini bersaiz dua kali ganda berbanding asal.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Aidilfitri: AirAsia tawar lebih 22,000 tempat duduk tambang tetap ke Sabah, Sarawak
AirAsia menawarkan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam sempena sambutan Hari Raya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.