awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Piala Malaysia: Kelantan Red Warrior lengkapkan senarai 16 pasukan
Perancis rancang larang media sosial untuk golongan bawah 15 tahun
Struktur organisasi baharu sokong agenda peralihan tenaga, tingkat penyampaian - ST
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan dibelenggu hutang legasi termasuk 1MDB - Menteri Kewangan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
26/04/2021
10:51 MYT
Kerajaan dibelenggu hutang legasi termasuk 1MDB - Menteri Kewangan
Tengku Zafrul berkata, hutang dan liabiliti kerajaan meningkat kepada 89.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). - Gambar fail Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kerajaan dibelenggu hutang legasi tidak produktif berjumlah RM1 trilion dan perlu menyelesaikan hutang tersebut.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, hutang dan liabiliti kerajaan meningkat kepada 89.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Daripada jumlah tersebut, 15 peratus daripadanya dalam bentuk komitmen jaminan dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bagaimanapun, jelas Tengku Zafrul, kedudukan hutang negara tidak melebihi had hutang statutori 60 peratus kepada KDNK.
"Dengan itu, kerajaan telah mewarisi keberhutangan yang tinggi dan kapasiti untuk membayar komitmen kewangan yang lebih rendah.
"Selain hutang kerajaan Persekutuan, kerajaan perlu menanggung komitmen jaminan seperti 1MDB, SRC International, GovCo dan SSER kerana projek-projek ini tidak menjana pendapatan bagi prinsipal dan faedah pinjaman," katanya dalam sesi sidang media khas di sini pada Isnin.
Katanya, hutang statutori mencatat 58 peratus setakat akhir Disember tahun lalu dan dijangka meningkat 58.5 peratus pada akhir 2021.
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, bayaran faedah syarikat 1MDB sahaja berjumlah RM1.7 bilion setahun, selain hutang prinsipal 1MDB berjumlah RM14.7 bilion yang akan matang pada 2022.
Di samping itu, Tengku Zafrul berkata, hutang prinsipal syarikat SRC International dengan baki sekitar RM2.5 bilion juga akan matang pada 2022.
"Selain komitmen jaminan yang tidak produktif termasuk di bawah liabiliti lain adalah hutang PFI RM48 bilion yang berbangkit ekoran pendekatan pentadbiran terdahulu untuk melaksanakan perbelanjaan secara off-budget tanpa diperuntukkan dalam belanjawan tahunan.
"Atas prinsip ketelusan, kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak akan mengulangi amalan perbelanjaan secara off-budget," kata beliau.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#SRC International
#KDNK
#Hutang negara
#Tengku Zafrul
#Hutang statutori
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan