awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan digesa luaskan bantuan SPV, tubuh dana khas demi kelangsungan perniagaan

Astro Awani
Astro Awani
08/03/2021
10:15 MYT
Kerajaan digesa luaskan bantuan SPV, tubuh dana khas demi kelangsungan perniagaan
AT Kumararajah berkata, pihaknya sedia berkerjasama dengan kerajaan bagi mewujudkan kerjasama awam swasta bagi membantu golongan yang memerlukan termasuk peniaga kecil yang terjejas akibat COVID-19. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Gabungan persatuan peniagaan dan dewan peniaga dan perdagangan, Business Survival Group menggesa kerajaan supaya memperluaskan bantuan Special Purpose Vehicle (SPV) atau menubuhkan dana khas bagi kelangsungan perniagaan pasca COVID-19.
Naib Presiden Protemnya, Datuk Dr AT Kumararajah berkata, pihaknya sedia berkerjasama dengan kerajaan bagi mewujudkan kerjasama awam swasta (PPP) bagi tujuan itu.
"Dalam merancakkan semula ekonomi, pihak bank boleh mempertimbangkan perkara itu dengan sokongan kerajaan," katanya pada sidang akhbar pelancaran #BankerWithBigHeart di sini, pada Isnin.
Sehubungan itu, Kumararajah mencadangkan supaya kementerian serta sekurang-kurangnya 60 agensi terpilih yang berkaitan dengan keusahawanan diletakkan di bawah satu bumbung yang sama.
"Jadi, sebarang masalah yang berkait dengan perniagaan boleh terus merujuk kepada gabungan ini," jelasnya.
Selain itu, beliau turut menyarankan, model pembiayaan perlu tetap berdasarkan keperluan entiti perniagaan selama enam bulan dengan bank.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#COVID-19
#peniaga
#presiden
#Business Survival Group
#kelangsungan peniaga
#pasca COVID-19
#pandemik
#special purpose vehicle
#SPV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan