KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mempertingkatkan empat bidang utama yang terdiri daripada tadbir urus, penyampaian perkhidmatan awam, pengurusan risiko bencana dan pengukuhan daya tahan kesihatan awam dalam Bajet 2023 yang akan datang.
Menurut Penyata Pra-Bajet 2023 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF) hari ini, inisiatif Pelan Antirasuah Nasional (NACP) masih diteruskan dan kemajuan pelaksanaan oleh agensi berkaitan dipantau secara konsisten bagi memastikan inisiatif tersebut selari dengan pelaksanaan NACP.
Menurut kenyataan itu, usaha berterusan bagi mengukuhkan tadbir urus sektor awam dan meningkatkan inisiatif pembaharuan institusi, NACP telah dilancarkan pada 2019 untuk memerangi rasuah dan meningkatkan integriti.
"Pelan lima tahun itu menggariskan enam bidang keutamaan yang perlu diberi tumpuan iaitu tadbir urus politik, pentadbiran sektor awam, perolehan awam, perundangan dan kehakiman, penguatkuasaan undang-undang dan tadbir urus korporat," menurutnya.
Mengenai penyampaian perkhidmatan awam, kenyataan itu memaklumkan kerajaan akan terus mengutamakan transformasi penyampaian perkhidmatan awam agar menjadi lebih cekap dan berkesan dalam memenuhi keperluan rakyat.
"Penekanan akan diberikan untuk membangunkan perkhidmatan awam berprestasi tinggi, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan di samping memperkukuh akauntabiliti dan ketelusan tadbir urus.
"Usaha meningkatkan penggunaan teknologi digital dalam kalangan penjawat awam akan dipergiatkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan produktiviti perkhidmatan kerajaan," katanya.
Menurut kenyataan itu, dalam memastikan perkhidmatan awam kekal relevan, ekosistem dan mekanisme perkhidmatan awam akan diperkukuh melalui kerjasama dan penyelarasan yang lebih baik antara kerajaan dan pihak berkepentingan untuk menyelaraskan semula penyampaian perkhidmatan menjadi lebih mudah dan dipacu data bagi memastikan amalan berteraskan bukti yang kukuh dalam proses penggubalan dasar.
"Seterusnya, Bajet 2023 akan terus menerokai bidang untuk mengukuhkan kerjasama awam swasta dalam penyampaian perkhidmatan awam termasuk meneroka mekanisme penyampaian perkhidmatan alternatif yang memanfaatkan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan masyarakat awam untuk menyokong penyampaian program sosial," katanya.
Bagi pengurusan risiko bencana, kenyataan itu memaklumkan bahawa pendekatan akan dijalankan untuk membangunkan sistem amaran awal bersepadu yang sempurna selain pelaksanaan projek tebatan banjir di kawasan berisiko tinggi.
Ia berkata perhatian juga akan diberikan untuk mengukuhkan kaedah tindakan awal dan penyelarasan kerajaan apabila Malaysia berhadapan bencana seperti banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa bahagian negara.
Menurut kenyataan itu, dalam bidang memperkukuh daya tahan kesihatan awam, ia memaklumkan kerajaan akan memperkasa kesihatan primer sebagai barisan hadapan bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan iaitu suatu inisiatif yang berperanan dalam menyediakan perkhidmatan pengurusan kesihatan holistik, program kesihatan yang lebih mantap dan mengalakkan pencegahan penyakit melalui kesihatan komuniti akan diperkenalkan.
"Tidak dilupakan, klinik daif di negara ini akan dinaik taraf secara berperingkat. Di samping itu, kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha penambahbaikan bangunan dan kemudahan kesihatan serta penyesuaian teknologi baharu dan perubatan kepersisan.
"Seterusnya, kerajaan akan memberi tumpuan kepada agenda sosial serta penjagaan kesihatan kepada generasi warga emas supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang makmur dan sihat," katanya.
Menurut kenyataan itu, kerajaan akan memperkukuhkan lagi fungsi kesihatan awam terutamanya dalam pengawasan penyakit dan kesiapsiagaan krisis pada masa hadapan dalam memastikan negara mampu mengatasi krisis tersebut tanpa menjejaskan kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara.
Menurutnya dalam era Revolusi Perindustrian 4.0, kecekapan sistem kesihatan negara boleh dipertingkatkan melalui pendigitalan maklumat kesihatan yang teratur dan meluas dengan perkongsian data dan integrasi perkhidmatan antara pelbagai penyedia perkhidmatan sektor awam dan swasta akan berlangsung dengan cekap dan selamat.
"Oleh itu, rakyat akan dapat merasai kesinambungan perkhidmatan kesihatan dengan maklumat lengkap apabila mendapat perkhidmatan daripada pelbagai kemudahan. Penggunaan data raya dan kecerdasan buatan serta analisis komprehensif akan mengukuhkan perancangan dasar berasaskan bukti," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 03 2022
Kerajaan akan mempertingkatkan empat bidang utama yang terdiri daripada tadbir urus, penyampaian perkhidmatan awam, pengurusan risiko bencana dan pengukuhan daya tahan kesihatan awam dalam Bajet 2023 yang akan datang. - Gambar fail
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.
MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).
Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.
Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.
Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.
Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.
BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.
Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.
2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.
Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.