awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Insiden helikopter: Mohammad Zullfika dipindahkan ke 96 HAT Lumut
Tiga lelaki berkonvoi pulang dari Thailand antara ditahan AADK
9 terbunuh dalam serangan semasa sambutan ambang tahun baharu di Nigeria
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan

Bernama
Bernama
15/07/2024
23:30 MYT
Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan
Bagi tempoh Januari hingga April 2024, hutang kerajaan meningkat sebanyak RM50 bilion kepada RM1.22 trilion pada akhir April 2024, berbanding RM1.17 trilion pada akhir 2023. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan komited untuk mengekalkan trajektori konsolidasi fiskal dengan defisit pada 2023 mencatat pengurangan kepada 5.0 peratus Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) iaitu sebanyak RM91.4 bilion berbanding 5.6 peratus pada 2022 (RM99.5 bilion), kata Kementerian Kewangan (MOF).
Menurut MOF, defisit fiskal pada 2024 diunjur untuk terus berkurang kepada 4.3 peratus KDNK iaitu RM85.4 bilion.
"Usaha itu mampu untuk menambah baik kedudukan kewangan awam seterusnya mengurangkan beban hutang dalam jangka sederhana dan panjang," kata kementerian itu dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen semalam.
Kementerian Kewangan berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PN-Kuala Terengganu) yang meminta justifikasi kepada kenaikan hutang kerajaan RM64 bilion dalam tempoh empat bulan bermula Januari 2024 sehingga April 2024.
Sementara itu, bagi tempoh Januari hingga April 2024, hutang kerajaan meningkat sebanyak RM50 bilion kepada RM1.22 trilion pada akhir April 2024, berbanding RM1.17 trilion pada akhir 2023.
"Bagi tempoh Januari hingga April 2024, kerajaan telah membuat pinjaman kasar berjumlah RM70.5 bilion meliputi terbitan Sekuriti Kerajaan Malaysia sebanyak RM30 bilion, Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (RM34.5 bilion) dan bil Perbendaharaan (RM6 bilion).
"Terimaan pinjaman ini digunakan untuk membayar hutang yang matang sebanyak RM20.6 bilion dan baki RM49.9 bilion untuk menampung defisit dalam tempoh tersebut serta hutang yang akan matang," kata kementerian itu.
Ia berkata, secara amnya, peningkatan hutang kerajaan saban tahun adalah berikutan keperluan kerajaan membuat pinjaman bagi membiayai defisit fiskal iaitu untuk menampung perbelanjaan pembangunan (DE).
"Pinjaman ini akan meningkatkan paras hutang selagi mana kedudukan kewangan mengalami defisit. DE penting kerana ia merupakan pelaburan awam yang mempunyai kesan pengganda besar dan berimpak tinggi dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara," kata MOF.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kewangan
#hutang kerajaan
#KDNK
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan