KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneruskan usaha bagi meningkatkan kecekapan perbelanjaan serta mengurangkan ketirisan dan pembaziran, langkah konsolidasi fiskal akan terus dilaksanakan secara berperingkat bagi membina semula ruang fiskal disamping mengurangkan paras hutang dan liabiliti kerajaan, kata Kementerian Kewangan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata terdapat ruang untuk terus menambah baik strategi, tatakelola, dan kecekapan dalam pengurusan kewangan negara.
"Ini termasuk merangka strategi dan inisiatif bagi memantapkan lagi pengurusan hasil negara untuk memastikan kemampanan penjanaan hasil," kata Anwar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC).
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata jawatankuasa itu telah meneliti unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kedudukan fiskal Kerajaan dan rangka kerja fiskal jangka sederhana untuk penyediaan Belanjawan 2024.
"Dengan jangkaan kelembapan ekonomi dan perdagangan global, Malaysia juga akan turut terkesan dengan pertumbuhan ekonomi negara dijangka menyederhana namun masih sejajar dengan unjuran Kerajaan sebanyak empat peratus hingga lima peratus untuk tahun ini," kata Anwar.
Pertumbuhan tersebut sebahagian besarnya didorong oleh permintaan dalam negeri seperti yang dicatatkan oleh pertumbuhan separuh pertama 2023 iaitu sebanyak 4.2 peratus.
Perdana Menteri juga berkata kerajaan akan terus merangkul seluruh kekuatan dan tenaga bagi memastikan dan mempercepat pelaksanaan semua langkah yang digariskan di bawah Belanjawan 2023 serta rangka kerja Ekonomi MADANI,
Beliau berkata sebagai sebuah ekonomi yang terbuka, cabaran luaran yang semakin meningkat akan menimbulkan pelbagai risiko kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Selain itu, pertumbuhan yang tidak sekata merentasi wilayah seperti Amerika Syarikat dan China, ketidaktentuan pasaran kewangan berikutan dasar monetari yang ketat, ketegangan geopolitik yang berlarutan serta perubahan iklim yang tidak menentu merupakan antara cabaran terhadap prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia, katanya.
"Walaupun kita terpaksa melakukan reformasi yang mungkin memedihkan untuk memperluas hasil negara dan menutup ketirisan daripada subsidi pukal, kita juga perlu cakna akan tantangan kos sara hidup yang dihadapi rakyat, lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi global tidak menentu.
"Pendirian saya tidak pernah berganjak dalam memastikan reformasi fiskal ini tidak sama sekali membebankan rakyat yang memerlukan, malah reformasi fiskal ini masih perlu mengambil kira perbelanjaan untuk merancakkan ekonomi dan pelaburan," kata Perdana Menteri.
Justeru itu, beliau berkata jujukan dan skop reformasi fiskal mesti dipertimbangkan supaya ia tidak membawa kejutan yang drastik kepada ekonomi mahupun rakyat,
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 11 2023
Anwar berkata Jawatankuasa Dasar Fiskal telah meneliti unjuran pertumbuhan KDNK, kedudukan fiskal Kerajaan dan rangka kerja fiskal jangka sederhana untuk penyediaan Belanjawan 2024. - Gambar fail/Bernama
Puluhan kakitangan berhimpun di Universiti Stanford
Universiti Standford, California antara puluhan institusi yang menyertai protes menggesa menghentikan pembunuhan beramai-ramai terhadap Gaza akibat serangan Israel.
Polis masuk Universiti Columbia, tahan beberapa individu
Pada Selasa, pelajar Universiti Colombia berikrar meneruskan siri protes di kampus sebagai solidariti menyokong Palestin, sekali gus melawan usaha pihak universiti untuk menghentikan mereka.
Tempat kediaman tertinggi dunia akan dibina di Dubai
Ia akan memintas menara Central Park Tower di New York yang berketinggian 472 meter.
PM ingatkan tidak buat tohmahan, fitnah sesuka hati
Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengingatkan pihak-pihak ini untuk tidak menyebarkan kenyataan yang tidak berasas.
AWANI Ringkas: Gaji dan elaun penjawat awam lebih RM2,000
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Laporan Bank Dunia: Puad cabar Fadhlina bermalam di rumah panjang, rasai kesukaran belajar di pedalaman
Puad Zakarshi mencabar Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk bermalam di rumah panjang bagi merasai sendiri kepayahan pelajar untuk mendapatkan pendidikan
Operasi darat Israel di Rafah akan cetus bencana kemanusiaan - WHO
Netanyahu berikrar pada Selasa, untuk menyerang Rafah, walaupun terdapat laporan kemungkinan perjanjian gencatan senjata dengan Hamas.
MoT pantau rapi situasi letusan Gunung Ruang - Loke
Setakat ini letusan gunung berapi berkenaan telah menjejaskan sedikit ruang udara di Tawau, Sabah menyebabkan beberapa penerbangan ke daerah itu terpaksa dilencongkan.
SPRM Kelantan tahan pegawai kanan KADA buat tuntutan palsu
Lelaki berusia 40-an itu ditahan pada 9.30 malam tadi selepas dipanggil ke pejabat SPRM untuk diambil keterangan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines sambung semula beberapa penerbangan ke Sabah, Labuan
Penerbangan yang terlibat ialah MH2660D (KUL-TWU) yang pada awalnya MH2660, serta MH2661D (TWU-KUL), pada mulanya MH2661.
Kerajaan laksana konsolidasi fiskal secara berperingkat untuk bina semula ruang fiskal - PM
Langkah konsolidasi fiskal akan terus dilaksanakan secara berperingkat bagi membina semula ruang fiskal disamping mengurangkan paras hutang dan liabiliti kerajaan, kata Kementerian Kewangan.