Skip to main content

Malaysia

Anwar bidas pihak eksploitasi isu kaum untuk tutup salah laku

Anwar (tengah) ketika tiba pada Sambutan Hari Deepavali Peringkat Kebangsaan 2026 di Little India, Brickfields hari ini.  -fotoBERNAMA
Anwar (tengah) ketika tiba pada Sambutan Hari Deepavali Peringkat Kebangsaan 2026 di Little India, Brickfields hari ini. -fotoBERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik pihak tertentu yang didakwa mengeksploitasi isu perkauman bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada salah laku dan amalan rasuah.

Beliau berkata golongan berkenaan sering membangkitkan isu kelangsungan serta kepentingan kaum, sedangkan pada masa sama menggunakan perjuangan itu untuk mengaut kekayaan bagi kepentingan diri dan keluarga.

Menurutnya, terdapat pemimpin yang lantang bercakap mengenai kepentingan kaum, namun akhirnya menjadi antara individu paling kaya.

Advertisement

"Pengalaman kita menunjukkan ada dalam kalangan persatuan atau parti yang hanya mencungkil isu kaum untuk memadam isu rasuah.

"Mereka bercakap mengenai kelangsungan dan kepentingan kaum bagi menutup isu penipuan serta rasuah.

Advertisement

"Pada masa sama, tokoh yang bercakap mengenai perjuangan kaum itu memperkayakan diri sendiri dan keluarga," katanya.

Anwar berkata kedudukan Bahasa Melayu, agama Islam serta hak orang Melayu tidak boleh dipertikaikan, namun beliau menolak politik yang berteraskan dominasi sesuatu kaum.

Sebaliknya, beliau mahu terus memimpin berlandaskan prinsip kenegaraan yang mengutamakan kepentingan seluruh rakyat tanpa mengira kaum.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Deepavali 2026 Peringkat Kebangsaan di Brickfields, pada Sabtu.

Turut hadir Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan, Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Must Watch Video

Advertisement