KOTA BHARU: Kenaikan mendadak harga minyak mentah dunia turut memberikan cabaran kepada pengurusan kewangan negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata selain kenaikan harga minyak mentah, harga komoditi lain seperti gandum, bijirin dan sebagainya sentiasa dipantau kerajaan.
Sebagai contoh katanya, RON95 subsidinya ditanggung kerajaan dimana kebanyakan negara sedang mengalami kenaikkan bahan api itu sehingga mencecah RM10 seliter.
"Banyak negara harga minyak sudah mencecah RM10 untuk satu liter terutama di Amerika dan Eropah serta negara-negara lain yang tidak mempunyai subsidi.
"Hal ini kerana minyak yang dijual di negara berkenaan mengikut harga pasaran dunia," katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Transformasi Digital Pasar Besar Siti Khadijah, di sini pada Ahad.
Beliau berkata, kerajaan akan memanfaatkan kenaikan harga komoditi lain seperti minyak kelapa sawit dan getah untuk menampung subsidi yang diberikan kepada rakyat.
Terdahulu dilaporkan harga minyak mentah melonjak pada paras tertinggi dalam tempoh tujuh tahun susulan krisis Rusia-Ukraine.
Harga minyak mentah brent meningkat melepasi paras AS$96 setong, paras tertinggi sejak 2014.
Astro Awani
Sun Mar 06 2022
Mustapa menyampaikan ucapan perasmian pada Program Transformasi Digital Pasar Besar Siti Khadijah hari ini. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Malaysia menjadi destinasi pilihan pengeluar peranti perubatan - Dr Dzulkefly
Sektor peranti perubatan menyumbang kira-kira RM18 bilion kepada ekonomi negara pada 2023.
Kecenderungan Malaysia kepada BRICS tidak menjejaskan keberkecualian negara
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, Malaysia konsisten mengukuhkan kerjasama dengan semua blok, selagi ia memberi manfaat kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Kerajaan komited pastikan negara berkembang maju - PM Anwar
Kerajaan terus mengamalkan semangat keterbukaan dan kesediaan untuk menyesuaikan diri, berinovasi dan sentiasa menolak sempadan kemungkinan.
Ekonomi negara berkembang baik disokong pengukuhan ringgit - Amir Hamzah
Ekonomi negara terus berkembang dengan baik disokong oleh kedudukan ringgit yang kini semakin mengukuh dalam pasaran tukaran mata wang asing, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Malaysia berada di landasan tepat capai unjuran KDNK 4.0-5.0 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Antara faktor peningkatan KDNK bagi suku kedua adalah peningkatan ketara pelaburan swasta kerana pelabur semakin yakin dengan prospek ekonomi negara.
Hala tuju Malaysia dalam BRICS antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Soalan itu dikemukakan Ahli Parlimen Ipoh Timor, Lee Chuan How dalam sesi soal jawab Perdana Menteri (PMQ).
PM Thai gesa peralihan kepada ekonomi berasaskan kreativiti
Srettha Thavisin mahu kerajaan supaya tidak bergantung kepada tenaga buruh berkemahiran rendah dan beralih menjadi sebuah negara yang digerakkan kebijaksanaan dan kreativiti rakyat.
Industri ikan hiasan meningkat, penyumbang ekonomi negara
Pengeluaran ikan hiasan pada 2023 adalah sebanyak 241 juta ekor dengan nilai RM373 juta dan 21 peratus daripadanya bagi tujuan eksport.
IMF lulus pembiayaan dana AS$1.1 bilion kepada Pakistan
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Isnin meluluskan pembiayaan segera dana bantuan bernilai US$1.1 bilion kepada Pakistan.
ACCA: Profesional kewangan optimis namun berhati-hati dengan prospek ekonomi Malaysia
Bagaimanapun, kebimbangan terhadap kos operasi dan faktor luaran memerlukan pendekatan berhemat oleh organisasi kewangan dan perniagaan.