awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Sarawak mahu Pelabuhan Bintulu di bawah bidang kuasanya - Abang Johari

Bernama
Bernama
30/01/2023
23:00 MYT
Kerajaan Sarawak mahu Pelabuhan Bintulu di bawah bidang kuasanya - Abang Johari
Abang Johari berkata Bintulu akan menjadi tempat tumpuan bagi industri penyerapan, penggunaan dan penyimpanan karbon baharu negeri serta penghasilan hidrogen dan biobahan api lain. - Foto BERNAMA
KUCHING: Kerajaan Sarawak akan berbincang dengan kerajaan Persekutuan untuk tidak meneruskan status Pelabuhan Bintulu, pelabuhan laut dalam yang terletak kira-kira 626 kilometer utara dari sini, sebagai sebuah pelabuhan persekutuan.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata langkah berkenaan akan membolehkan pelabuhan itu diurus dan dimajukan lagi sebagai pelabuhan negeri sekali gus mengubahnya sebagai hab pengangkutan di rantau Asia Pasifik.
"Saya meminta para pemegang saham terutamanya Petroliam Nasional Bhd serta barisan lembaga pengarah dan pengurusan Bintulu Port Holdings Bhd untuk menyokong inisiatif pembangunan utama ini dan melaksanakan langkah-langkah perlu dalam lingkungan menjalankan kewajipan fidusiari mereka, ke arah merealisasikan objektif penting ini," katanya.
Berucap pada Majlis Ulang Tahun ke-10 Pelabuhan Perindustrian Samalaju di Bintulu malam tadi, beliau berkata Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), yang merangkumi sebahagian daripada kawasan pedalaman Pelabuhan Bintulu akan menikmati kemajuan ekonomi di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
Abang Johari berkata Bintulu akan menjadi tempat tumpuan bagi industri penyerapan, penggunaan dan penyimpanan (CCUS) karbon baharu negeri serta penghasilan hidrogen dan biobahan api lain.
"Kerajaan negeri mahu Pelabuhan Bintulu untuk menjadi sebahagian daripada Bintulu yang rancak dari segi ekonomi supaya pemegang saham dan pihak berkepentingan akan menerima manfaat daripada pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran yang telah dirancang oleh negeri ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pelabuhan Bintulu
#Abang Johari Tun Openg
#pelabuhan persekutuan
#pelabuhan negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan