awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam murid di Kota Tinggi disahkan hidap tibi
Bekas kapten Terengganu Zulharisam Awang meninggal dunia
UK lapor 36 kes berisiko keracunan susu formula bayi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan sasar pengeluaran sektor akuakultur sebanyak 958,000 tan metrik menjelang 2030

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
14/02/2021
22:12 MYT
Kerajaan sasar pengeluaran sektor akuakultur sebanyak 958,000 tan metrik menjelang 2030
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menggalakkan pembangunan projek akuakultur baru dalam skala kecil dan sederhana secara berkelompok atau kluster. - Foto fail
KOTA BHARU:Kerajaan mensasarkan pengeluaran sektor akuakultur sebanyak 958,000 tan metrik menjelang tahun 2030.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata sasaran itu dibuat merangkumi pengeluaran akuakultur marin, air tawar dan rumpai laut.
"Bagi merealisasikan sasaran ini kerajaan menggunakan pendekatan 'pro-business environment' agar pembangunan sektor akuakultur dapat dipacu melalui penglibatan sektor swasta.
"Ia seperti projek-projek di bawah National Key Economic Areas iaitu Entry Point Projects (EPP) untuk rumpai laut, iCAGE bagi projek intergrasi sangkar dan intergrasi kolam yang kebanyakannya melibatkan udang marin," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, kerajaan juga turut mempunyai beberapa strategi dan pendekatan dalam meningkatkan produktiviti sistem ternakan.
Katanya, selain itu pihaknya menggalakkan pembangunan projek akuakultur baru dalam skala kecil dan sederhana secara berkelompok atau kluster.
"Situasi pandemik COVID-19 pada masa sekarang telah sedikit sebanyak mempengaruhi beberapa sektor penting dalam negara ni terutama sektor pelancongan, pengangkutan, pembuatan dan lain-lain.
"Tidak dapat dinafikan bahawa sektor perikanan terutama bidang akuakultur juga menerima kesan akibat dari situasi tersebut," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#akuakultur
#Che Abdullah Mat Nawi
#rumpai laut
#iCAGE
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan