awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tidak mungkin meterai TPPA pada Oktober -- MITI

Bernama
Bernama
22/08/2013
09:26 MYT
Kerajaan tidak mungkin meterai TPPA pada Oktober -- MITI
Kerajaan tidak dijangka memeterai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada Oktober ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ir Hamim Samuri.
"Saya tidak fikir ia akan berlaku pada Oktober ini, bukan hanya bagi Malaysia, tetapi negara-negara lain juga.
"Telah dimaklumkan bahawa terdapat jurang antara kementerian dan orang awam dan perbincangan akan diadakan selepas Sidang Kemuncak Ke-10 di Brunei," katanya kepada pemberita pada Forum Global Amalan Terbaik dalam Perkhidmatan Sehenti, di sini, Khamis.
Beliau berkata MITI akan terus berinteraksi dengan orang awam kerana negara-negara lain berdepan situasi yang sama yang berharapkan lebih banyak perbincangan.
"Kami perlu mengadakan perbincangan awam ini secara berterusan kerana terdapat terlalu banyak persepsi tentang TPPA oleh orang awam," kata Hamim.
Sementara itu, Forum Global Amalan Terbaik dalam Perkhidmatan Sehenti itu merupakan satu konsep baharu dalam menyediakan perkhidmatan.
Negara-negara seperti Kanada, United Kingdom, Australia, Portugal dan Brazil semuanya membangunkan pusat perkhidmatan sehenti bagi rakyat dan perniagaan mereka.
Forum itu menyediakan peluang bagi negara-negara lain untuk berkongsi pengalaman dan amalan terbaik mereka dengan pengurus awam Malaysia.
Forum Global dibangunkan secara kerjasama dengan Institute for Citizen-Centred Service di Kanada, peneraju global dalam mengenal pasti amalan terbaik dalam perkhidmatan sehenti, serta kecemerlangan perkhidmatan sektor awam.
Topic Berkaitan
#MITI
#TTPA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan