Kerugian bersih AirAsia X Bhd meningkat kepada RM229.89 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2019 daripada RM197.47 juta pada tempoh sama 2018 disebabkan kerugian akibat pertukaran asing sebanyak RM67.5 juta serta cukai tertunda RM71.76 juta.
Syarikat itu berkata bagaimanapun kerugian operasi bersih bagi suku berkenaan susut kepada RM69.46 juta berbanding RM205.23 juta pada tempoh yang sama 2018, didorong terutamanya oleh penerimaan insentif lapangan terbang dan harga bahan api lebih rendah.
Selain itu, susut nilai sebanyak RM138.2 juta telah diambil kira pada suku ketiga 2018, kata syarikat tambang rendah bagi penerbangan jarak jauh itu dalam kenyataan dengan Bursa Malaysia.
Sementara itu, perolehan bagi suku ketiga 2019 berkurangan kepada RM1.01 bilion daripada RM1.08 bilion yang dicatatkan tempoh sama 2018.
Bagi tempoh kewangan sembilan bulan, kerugian bersih AirAsia X meningkat kepada RM393.67 juta daripada RM213.43 juta pada tempoh yang sama tahun lepas manakala perolehan menokok kepada RM3.19 bilion daripada RM3.41 bilion.
Mengenai prospeknya, syarikat penerbangan itu berkata cabaran yang dihadapinya adalah daripada kelemahan ringgit berbanding dolar AS dan pelaksanaan levi pelepasan dari semua lapangan terbang Malaysia baru-baru ini, serta 'persaingan yang tidak rasional' dalam industri penerbangan tempatan.
"Bagaimanapun, syarikat dilindungi daripada turun naik harga bahan api memandangkan 86 peratus keperluan bahan api bagi suku keempat tahun ini telah dilindung nilai pada harga lindungi nilai Brent purata pada US$61 setong," menurut AirAsia X.
Ia berkata dalam mengharungi cabaran ini, AirAsia X giat memanfaatkan peluang perolehan dan melaksanakan disiplin kos untuk meningkatkan keberuntungan dalam persekitaran makroekonomi yang mencabar.
"Faktor permintaan dan faktor muatan dijangka kekal pada tahap yang agak baik. Di samping itu, gembira apabila mengetahui tambang asas purata mencatatkan aliran meningkat tahun ke tahun pada suku keempat," menurutnya.
AirAsia X berkata pengurusannya terus berusaha untuk mengurangkan kos dengan pelaburan dalam pendigitalan sebagai sebahagian usaha meluas AirAsia Group yang dijangka dapat mengurangkan kos bagi jangka panjang.
"Syarikat menjangkakan prestasi kewangan keseluruhan suku keempat 2019 kekal agak baik dengan pengurusan komited untuk memastikan pertumbuhan mampan dalam keadaan industri penerbangan global yang mencabar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 13 2019
Kerugian operasi bersih bagi suku berkenaan susut kepada RM69.46 juta berbanding RM205.23 juta pada tempoh yang sama 2018. -Gambar fail
Serangan ke atas kedutaan adalah satu deklarasi perang - Penganalisis
Sebarang bentuk serangan ke atas mana-mana kedutaan atau konsulat boleh ditafsirkan sebagai satu deklarasi perang.
Sabah raih pelaburan RM11.34 bilion pada tahun lepas - Tun Juhar
Sabah menerima pelaburan berjumlah RM11.34 bilion pada tahun lepas, sekali gus menjadikannya negeri ketujuh meraih pelaburan tertinggi di negara ini.
Banjir Dubai: Pengembara Malaysia turut terkesan
Menurut laporan media Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilanda hujan lebat sejak lewat Isnin hingga Selasa malam, mengatasi rekod sejak data mula dikumpulkan pada 1949.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah bagi tiga hari berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 765 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 735 sen sekilogram.
AWANI Ringkas: Harga benih padi | Hilang kad pengenalan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7840/7870 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7910/7950 pada Rabu.
AWANI 7:45 [18/04/2024] – Empat letusan sehari | Setuju secara dasar | Misi ke Gaza | Kutipan cecah lebih RM1 juta
- Gunung Ruang meletus, Indonesia keluar amaran tertinggi, MetMalaysia pantau
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
Menara Merdeka 118 terima pensijilan LEED Platinum
PNBMV berkata pensijilan LEED mengiktiraf pematuhan projek itu selari dengan kriteria yang digariskan dalam sistem penarafan LEED.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta
Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.
AirAsia X mungkin kembali ke India
Airasia X melihat kemungkinan akan memulakan kembali laluan ke eropah dan India yang dihentikan akibat kos tinggi sebelum ini.