SHAH ALAM: Kestabilan politik yang dikecapi bawah Kerajaan Perpaduan selama setahun berjaya mengundang banyak industri gergasi dunia untuk melabur di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata ia termasuk syarikat Google, TikTok, Infineon Technologies AG, syarikat automatif China, Geely dan Tesla yang yakin dengan kemampuan Malaysia kerana kini mempunyai dasar jelas.
"Saya tanya mereka apa keistimewaan di Malaysia. Sekarang, alhamdulillah politik stabil. Politik stabil itu membantu memberi keyakinan kepada mereka, ada dasar yang jelas.
"Maknanya dia tahu, dia datang sini, ini dasar ekonominya, ini dasar perindustrian, ini ekonomi MADANI, ini transisi tenaga. Saya bersyukur Malaysia menjadi perhatian semula selepas ketinggalan beberapa lama," katanya ketika merasmikan Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) dan Anugerah Tokoh Mahir 2023 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hari ini.
Turut hadir Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Zulkapli Mohamed.
Anwar berkata kerajaan akan lebih agresif dan tegas untuk membawa perubahan bukan hanya untuk menyelamatkan negara malah mengangkat martabat negara di rantau ini dengan membawa lebih ramai pelabur, mengurus ekonomi dengan baik, melatih anak-anak tempatan dan mempunyai tatakelola baik.
"Negara ini tidak boleh lagi dikenali sebagai negara yang senang dan toleransi dengan rasuah serta penyelewengan, setiap dana mesti digunakan dengan baik di semua peringkat, daripada Perdana Menteri hingga ke bawah," katanya.
Perdana Menteri berkata kestabilan politik sekarang juga akan menyukarkan hasrat segelintir pihak yang "mengidam" untuk mengambil alih kerajaan buat masa sekarang.
Pada masa sama, beliau juga menegur pihak-pihak yang bergaduh mengenai perbezaan agama dan kaum tetapi tidak menghiraukan masa depan anak-anak muda termasuk graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Sehubungan itu, Anwar meminta Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan agensi berkaitan agar menyediakan latihan kemahiran yang secukupnya khususnya di peringkat kemahiran tertinggi susulan terdapat teguran daripada pelabur yang memaklumkan kemahiran tertinggi pekerja di negara ini perlu dipertingkatkan.
"Geely menganggap nilai prestasi pekerja di Malaysia sangat baik dan memuaskan, tahap profesionalisme baik. Masalahnya satu sahaja iaitu tahap kemahiran tinggi kadang-kadang ada kekurangan," katanya.
Menyentuh mengenai kelantangan beliau berkaitan isu Palestin, Anwar mengakui beliau menyuarakan isu tersebut di pentas antarabangsa mewakili rakyat Malaysia walaupun ia satu perkara yang sukar.
Beliau juga menyelar tindakan segelintir pihak di negara ini yang Perdana Menteri labelkan sebagai suara-suara sumbang, yang terus menyerangnya dalam hal berkenaan.
"Bukan saya nak minta berterima kasih. Kalau tidak terima kasih pun, janganlah kutuk lagi," katanya.
Meskipun lantang menyuarakan isu Palestin ketika menghadiri Mesyuarat ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi bagi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, Anwar berkata ia tidak mengganggu keputusan syarikat besar termasuk dari AS untuk meneruskan pelaburan di Malaysia.
Menurutnya, syarikat Global Infrastructure Partners (GIP) juga telah memutuskan untuk bersama mengambil ekuiti bagi membesarkan pelabuhan-pelabuhan di negara ini termasuk Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 23 2023
Anwar berkata, antara pelabur yang yakin dengan Malaysia termasuk syarikat Google, TikTok, Infineon Technologies AG, syarikat automatif China, Geely dan Tesla. - Gambar fail
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Pembangunan perumahan mesti penuhi aspek manusiawi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek perumahan khususnya rumah mampu milik, mesti memenuhi aspek manusia dan keperluan asas rakyat.