awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kementerian Digital tumpu enam bidang pacu transformasi digital - Gobind
Ibu saudara, sepupu antara tiga ditahan pukul wanita, dera kanak-kanak 10 tahun
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keuntungan bersih 2019 Petronas gas meningkat kepada RM1.93 bilion

Bernama
Bernama
18/02/2020
09:19 MYT
Keuntungan bersih 2019 Petronas gas meningkat kepada RM1.93 bilion
Syarikat berkenaan telah meluluskan dividen interim keempat sebanyak 22 sen sesaham biasa berjumlah RM435.3 juta dan dividen interim khas sebanyak 10 sen sesaham biasa berjumlah RM197.9 juta. - Gambar fail
Keuntungan bersih Petronas Gas Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019 meningkat kepada RM1.93 bilion daripada RM1.79 bilion pada 2018.
Hasil, bagaimanapun, rendah sedikit pada RM5.45 bilion daripada RM5.49 bilion tahun sebelumnya berikutan penurunan pendapatan daripada pengangkutan gas dan terminal pengegasan semula gas asli cecair (LNG) Pengerang, disebabkan pelaksanaan Peraturan Berasaskan Insentif.
Bagaimanapun, ini diimbangi oleh hasil tinggi daripada bahagian pemprosesan gas dan utiliti yang diperoleh daripada peningkatan caj tempahan di bawah tempoh kedua Perjanjian Pemprosesan Gas dan harga jualan yang lebih tinggi, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Pada suku keempat, keuntungan bersih Petronas Gas meningkat kepada RM485.27 juta berbanding RM300.59 juta bagi tempoh sama pada 2018.
Hasil pada suku itu turun kepada RM1.37 bilion daripada RM1.38 bilion tahun sebelumnya, berikutan hasil yang lebih rendah daripada bahagian pengangkutan gas dan terminal pengegasan semula LNG Pengerang.
Syarikat berkenaan telah meluluskan dividen interim keempat sebanyak 22 sen sesaham biasa berjumlah RM435.3 juta dan dividen interim khas sebanyak 10 sen sesaham biasa berjumlah RM197.9 juta.
Mengenai prospek masa depan, ia berkata bahagian pemprosesan gas syarikat dijangka kekal stabil susulan aliran pendapatan yang kukuh dan berterusan di bawah tempoh kedua Perjanjian Pemprosesan Gas, berkuat kuasa dari 2019 hingga 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gas asli cecair
#LNG
#Peraturan Berasaskan Insentif
#Perjanjian Pemprosesan Gas
#Petronas
#Petronas Gas Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan