KLUANG: FELCRA Berhad mengisytiharkan Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Penyatuan dan Pemulihan (P&P) tahun 2021 kepada pesertanya berjumlah RM272.75 juta.
Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, jumlah itu menjadikan keseluruhan keuntungan boleh agih FELCRA bagi tahun 2021 berjumlah RM475.2 juta.
Ia merupakan peningkatan 199% atau RM316.12 juta berbanding keuntungan tahun sebelumnya berjumlah RM159.086 juta.
"Walaupun FELCRA antara syarikat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dari segi kekurangan tenaga kerja dan tahap pengeluaran hasil, cabaran itu tidak menghalang bagi FELCRA mempertingkatkan usaha untuk mengoptimumkan pulangan dividen kepada para pesertanya.
"Antaranya melalui penambahbaikan proses aliran kerja, peningkatan penggunaan mekanisasi serta pengenalan automasi secara berkesan," katanya dalam sidang media selepas Majlis Pengisytiharan dan Penyerahan Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta FELCRA Berhad 2021 di Dewan Lembaga Hasil Dalam Negeri di sini, pada Khamis.
Jelas Mahdzir, keuntungan itu memberi manfaat secara langsung kepada 72,509 peserta FELCRA di seluruh negara.
"Bagi Keuntungan Boleh Agih Akhir 2021, fasa pertama agihannya akan dibuat pada 25 Februari ini berjumlah RM136.37 juta kepada peserta yang layak iaitu 2 bulan lebih awal dari kebiasaan. Manakala agihan fasa kedua berjumlah RM136.37 juta lagi akan disalurkan pada bulan April depan.
"FELCRA sebelum ini mengumumkan Keuntungan Boleh Agih bagi Agihan Interim 1 bulan Ogos 2021 berjumlah RM76.22 juta, manakala bagi Agihan Interim 2 bulan November 2021 berjumlah RM126.23 juta.
"Di peringkat KPLB, kita hendak pastikan agensi seperti FELCRA memberi manfaat kepada peserta dan masyarakat setempat terutamanya dari segi peningkatan pendapatan mereka menerusi projek pembangunan berimpak tinggi yang dilaksanakan di luar bandar," katanya.
Bagi Johor jelas Mahdzir, sejumlah RM42.5 juta keuntungan Boleh Agih Projek Peserta FELCRA bakal dinikmati oleh 8,853 orang pesertanya.
"Saya tegaskan kepada pengurusan FELCRA untuk memastikan pulangan yang baik dapat disalurkan kepada para peserta di projek-projek yang berhasil untung.
"Saya juga mahu FELCRA mengurangkan tahap kebergantungan kepada tenaga manual bagi tempoh jangka panjang dalam operasi perladangan, dan pada masa yang sama, komited dalam membantu lebih ramai Usahawan di bawah FELCRA bangkit meningkatkan pendapatan serta mewujudkan peluang pekerjaan sendiri," kata Mahdzir.
Untuk rekod, FELCRA menjana keuntungan perniagaannya menerusi beberapa bidang perniagaan seperti perladangan, pembajaan, hartanah, pembinaan, pendidikan dan penghasilan makanan termasuk ternakan tenusu.
Terbaharu, FELCRA Berhad telah memajukan seluas 220,086 hektar ladang bagi pihak 112,337 orang peserta merangkumi 1,417 Projek Penyatuan dan Pemulihan, serta 33,145 hektar estet milik syarikat itu. - DagangNews.com
Dagang News
Fri Feb 25 2022
Keuntungan itu memberi manfaat secara langsung kepada 72,509 peserta FELCRA di seluruh negara.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Lebih RM23 juta tunggakan premium oleh agensi pembangunan tanah persekutuan - MB Kelantan
Lebih RM23.4 juta jumlah tunggakan premium serta bayaran lain yang belum dijelaskan oleh agensi pembangunan tanah persekutuan di Kelantan.
Tiada penjualan kilang FELCRA Berhad - Ketua Pegawai Eksekutif
FELCRA Berhad mengesahkan tiada sebarang penjualan terhadap kilang pemprosesan buah kelapa sawit milik syarikat itu seperti didakwa.
Lebih 70,000 peserta FELCRA sudah terima dividen bernilai RM74 juta
FELCRA Berhad sudah mengagihkan bayaran dividen kepada lebih 70,000 peserta di seluruh negara bernilai RM74 juta bagi musim ketiga tahun lalu.
FELCRA sasar tiga juta ayam pedaging setahun
FELCRA sasar gandaan pengeluaran sebanyak tiga juta ayam pedaging setahun selepas projek kompleks di Tanjung Seratus, Pahang yang dijangka siap sepenuhnya pada Disember tahun ini.
KKDW peruntuk RM12.8 juta bagi program pembangunan dan usahawan
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM12.8 juta membabitkan 5,757 penerima untuk program pembangunan dan usahawan di negeri ini.
5G: Kerajaan pastikan penduduk luar bandar tidak terpinggir - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata masyarakat luar bandar wajib diberikan kesamarataan dalam mendapat liputan 5G biarpun ketika ini pemasangan 5G mencapai 64 peratus di kawasan berpenduduk tinggi.
FELCRA Berhad dapat kebenaran bawa masuk 5,000 pekerja asing
FELCRA Berhad telah mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk membawa masuk kira-kira 5,000 pekerja asing bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja di ladang sawit dan getah miliknya.
KPLB pertimbang lupus hutang peneroka FELCRA berjumlah RM230 juta
Proses itu ketika ini berada pada peringkat akhir dan akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.
FELCRA kenal pasti hampir 1,500 peneroka bagi tanam semula kelapa sawit
FELCRA Berhad telah mengenal pasti hampir 1,500 peneroka di seluruh negara bagi tujuan penanaman semula kelapa sawit untuk pusingan kedua setelah tanaman itu menjangkau usia 25 hingga 30 tahun.