KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd melancarkan sebuah inisiatif di bawah Dana Impak dikenali sebagai 'Future Malaysia Programme' yang menyasarkan pelaburan awal kira-kira RM180 juta melalui kerjasama dengan pengurus modal teroka tempatan dan antarabangsa terkemuka serta program usaha sama korporat berpusat di Malaysia.
Selaras dengan usaha ini, Khazanah mengumumkan kerjasama dengan dana modal teroka Gobi Partners, pengurus modal teroka pan-Asia dan 500 Global, pengurus modal teroka antarabangsa.
Kedua-duanya adalah antara pengurus modal teroka paling aktif dengan rekod prestasi pelaburan yang meluas dan kepakaran untuk penciptaan nilai di Malaysia.
Jejak antarabangsa dan rangkaian mereka bertindak sebagai penghubung kepada kumpulan dana teroka serantau untuk melabur dalam syarikat Malaysia, dan bagi syarikat pemula Malaysia untuk berkembang di peringkat antarabangsa, dengan jangkaan untuk menjadi juara serantau.
Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata, pihaknya bermula dengan ekosistem pemula, yang merupakan sumber utama bidang keusahawanan, pekerjaan, inovasi dan pelaburan untuk negara.
Katanya, pelbagai potensi penyelesaian bagi menangani cabaran-cabaran yang dikenal pasti di bawah tema-tema Dana Impak telah ditemui dalam kalangan syarikat peringkat awal, yang memerlukan suntikan modal berisiko pada peringkat yang berbeza sepanjang usaha sama, untuk memperkembangkan inovasi dan perniagaan.
"Program ini juga bertujuan untuk memacu kerjasama korporat strategik dalam ekosistem modal teroka Malaysia untuk memupuk perkongsian idea dan meningkatkan nilai perniagaan dengan cara yang lebih holistik," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Melalui penumpuan terhadap dua tema Dana Impak iaitu Masyarakat Digital & Hab Teknologi dan Persaingan di Pasaran Global, Future Malaysia Programme dapat memantapkan usaha Khazanah dalam menemukan dan mengasah potensi para usahawan permulaan dan syarikat-syarikat pemula, melalui penyediaan sokongan strategik yang diperlukan untuk berkembang.
Future Malaysia Programme menandakan pencapaian penting bagi Dana Impak dalam meningkatkan daya saing ekonomi Malaysia dan dalam membina daya tahan negara, sambil menyampaikan manfaat dan impak sosioekonomi kepada rakyat.
Selaras dengan Belanjawan 2023, Khazanah komited untuk memainkan peranan penting, bersama-sama dengan syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) yang lain, dalam penyaluran dana modal kepada syarikat-syarikat pemula berpertumbuhan tinggi di Malaysia, bagi mendorong inovasi dan merangsang pertumbuhan ekonomi negara.
Dari segi kerjasama korporat pula, Khazanah telah menjadi rakan korporat bagi program pemecut teknologi, Petronas FutureTech 3.0, yang mana sejajar dengan hala tuju Khazanah untuk memupuk kerjasama korporat dan ekosistem pemula yang dipacu teknologi, dengan memupuk kerjasama erat bagi memanfaatkan kepakaran merentas industri, selain meningkatkan nilai perniagaan. - DagangNews.com
Dagang News
Fri Mar 17 2023

Khazanah mengumumkan kerjasama dengan dana modal teroka Gobi Partners, pengurus modal teroka pan-Asia dan 500 Global, pengurus modal teroka antarabangsa. - Foto Khazanah Nasional

Lawatan ke China bawa pulangan besar kepada negara - PM
Malaysia dan China bersetuju untuk memantapkan dan membawa hubungan dua hala kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi.

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah
Kementerian Pendidikan (KPM) tidak menghalang mana-mana pihak termasuk ahli politik, sama ada daripada pihak kerajaan ataupun pembangkang untuk mengadakan program atau diundang menyertai program, yang diadakan di kawasan sekolah.

Syarikat china gaji rakyat Malaysia, beri latihan
Syarikat China yang menjalankan projek di Malaysia akan memberikan keutamaan kepada pekerja tempatan dan memberikan latihan kepada mereka.

Malaysia dan China permudah kemasukan pelancong
Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan untuk menambah frekuensi penerbangan ke atau dari China.

Liga Super: Reis selamatkan maruah Kedah di Kuantan
Jonathan Reis menyelamatkan Kedah Darul Aman FC daripada pulang tanpa sebarang mata selepas mengikat Sri Pahang FC, 1-1.

CSM sasar kutipan dana RM1.3 juta untuk Misi Ramadan ke-10 ke Syria dan Turkiye
CSM mensasarkan kutipan dana sebanyak RM1.3 juta bagi Misi Ramadan ke-10 CSM ke bumi Syria dan Turkiye.

11 terbunuh rempuhan di pusat agihan makanan
Suasana pilu menyelebungi pengebumian seorang remaja lelaki 14 tahun yang terbunuh dalam rempuhan di pusat agihan makanan dan wang tunai.

"Belajar banyak perkara baharu lepas kahwin" - Neelofa
Doa orang ramai juga banyak mengiringi perjalanan Neelofa dan suami dalam mengendali bahtera perkahwinan.

Tiga pesakit pulih penglihatan ihsan Allahyarham Finno Joitol
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit.

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

Khazanah Nasional sasar pelaburan RM180 juta menerusi program Future Malaysia Dana Impak
Khazanah mengumumkan kerjasama dengan dana modal teroka Gobi Partners dan 500 Global.

Bajet 2023: Kerajaan tambah baik Skim Pembiayaan Teknologi Hijau
Skim pembiayaan teknologi hijau dengan meningkatkan nilai jaminan kepada RM3 bilion sehingga 2025 serta meluaskan skop pembiayaan khususnya kepada sektor EV dengan had jaminan sehingga 60 peratus.

Dana Impak: 6 tema utama menjana pertumbuhan - Khazanah
Pelaburan pemangkin untuk jangka masa sederhana dan panjang itu bakal mengukuhkan daya tahan negara sekali gus menjana pertumbuhan.

Khazanah dan Yayasan Hasanah sumbang RM7.5 juta untuk bantu mangsa banjir
Khazanah Nasional mengumumkan sumbangan RM5 juta untuk sokongan kepada mangsa banjir.

Axiata lantik Shahril Ridza sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
Axiata Group Bhd melantik Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, berkuat kuasa hari ini.

Kewangan TNB perlu kukuh, bantu usaha kerajaan pulih ekonomi, kata Pengerusi
TNB akan menyeimbangkan kepentingan industri dan peranannya sebagai syarikat tersenarai yang memberikan pulangan setimpal kepada rakyat menerusi institusi pelaburan berkaitan kerajaan.

Pelan Pemulihan Negara: Khazanah optimis ekonomi Malaysia mampu pulih
Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata faktor pemangkin kepada kejayaan pelan itu adalah menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Cabaran Impak Inovasi Khazanah cari penyelesaian bagi bantu komuniti warga emas
Khazanah Nasional Bhd kini meninjau cadangan perniagaan berimpak tinggi daripada orang ramai yang menjurus kepada pertumbuhan dan kemajuan perkhidmatan bagi warga emas pada kadar berpatutan.

Malaysia Airlines ke arah pemulihan - Khazanah
Industri penerbangan di Malaysia mempunyai situasi terlebih bekalan untuk jangka masa yang sangat lama, ini menyebabkan penyatuan tidak dapat dielakkan.

Keuntungan Khazanah susut kepada RM2.9 bilion
Khazanah memaklumkan syarikat pelaburan kerajaan itu meraih hasil pelupusan yang lebih rendah pada tahun 2020 iaitu RM2.7 bilion berbanding RM9.9 bilion pada tahun 2019.