awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khazanah terbuka kepada cadangan daripada sektor swasta untuk struktur semula MAS

Bernama
Bernama
14/01/2015
23:00 MYT
Khazanah terbuka kepada cadangan daripada sektor swasta untuk struktur semula MAS
Cabang pelaburan kerajaan itu telah menerima 34 cadangan daripada pelbagai pihak untuk penstrukturan semula MAS. - Gambar Fail
Khazanah Nasional Bhd terbuka kepada cadangan daripada sektor swasta untuk mengambil bahagian dalam pelan penstrukturan semula Malaysia Airlines (MAS).
Pengarah Urusannya Tan Sri Azman Mokhtar berkata cabang pelaburan kerajaan itu telah menerima 34 cadangan daripada pelbagai pihak untuk penstrukturan semula MAS dan meninjau dengan teliti beberapa cadangan itu yang memenuhi pelan penyusunan semula syarikat penerbangan berkenaan.
"Kami bersikap terbuka berhubung cadangan berkenaan tetapi memisahkannya bukan sebahagian daripada 12 perkara pelan pemulihan MAS," katanya kepada pemberita di Kajian Tahunan Ke-11 Khazanah di sini, pada Rabu.
Beliau berkata kriteria lain yang perlu dipertimbangkan dalam cadangan itu ialah ketelusan yang termasuk membuktikan pembiayaan.
Azman berkata pelan pemulihan MAS telah menggariskan saiz yang sesuai daripada 4,400 kontrak di bawah syarikat penerbangan dan jumlah kakitangan.
"Kami akan meneliti semuanya (kontrak) dan memutuskan mana satu yang mahu diteruskan dan yang akan dirundingkan semula," katanya.
Azman berkata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAS yang baharu, Christoph Mueller, akan memulakan perkhidmatan beliau pada 1 Mac, apabila tempoh perkhidmatannya dengan syarikat penerbangan Ireland, Aer Lingus berakhir pada 28 Feb.
CEO MAS sekarang ini, Ahmad Jauhari Yahya, akan kekal bersama syarikat penerbangan itu sehingga 1 Julai, apabila syarikat baharu yang dijadualkan beroperasi, mengambil alih operasi MAS.
Sementara itu, mengenai tinjauan operasi MAS tahun ini, Azman berkata MA akan mendapat manfaat daripada harga minyak mentah yang rendah.
Topic Berkaitan
#khazanah nasional bhd
#Malaysia Airlines
#MAS
#Pengarah Urusan MAS
#Tan Sri Azman Mokhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan