awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KLCC Holdings akan majukan tanah di Bandar Malaysia

Bernama
Bernama
24/12/2024
00:50 MYT
KLCC Holdings akan majukan tanah di Bandar Malaysia
KUALA LUMPUR: KLCC (Holdings) Sdn Bhd (KLCCH) telah bersetuju dengan Bandar Malaysia Sdn Bhd dan Bandar Malaysia Land Sdn Bhd untuk membangunkan tanah seluas 196.67 hektar di Bandar Malaysia.
Ia adalah tapak bekas pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi, di sini.
Perjanjian untuk memperoleh tanah itu dibuat pada 4 Oktober, 2024, kata KLCCH dalam satu kenyataan semalam.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan laporan media mengenai anak syarikatnya, KLCC Property Holdings Bhd (KLCCP) membeli tanah seluas 196.67 hektar di Bandar Malaysia pada harga lebih RM10 bilion.
KLCCP dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata KLCCP bukan pembeli tanah seperti yang dilaporkan oleh portal berita kewangan, The Edge.
"KLCCP mahu memaklumkan bahawa kami bukan pihak yang terlibat dalam urus niaga berkenaan. Kami bukan pembeli tanah seperti yang dilaporkan," katanya.
Bandar Malaysia adalah projek pembangunan berskala besar disasarkan untuk menjadi hab bandar bercampur dengan kemudahan kediaman, komersial dan berorientasikan transit (pembangunan bandar yang memperluas ruang dan jumlah kawasan berpenduduk, perniagaan dan ruang lapang untuk jarak berjalan dengan pengangkutan awam).
KLCCH berkata ia akan melaksanakan pembangunan berdasarkan daya maju komersial dalam tempoh jangka panjang.
"Pembangunan ini dirancang sebagai hab perniagaan antarabangsa dan bandar yang boleh didiami dan inklusif untuk komuniti," katanya.
Dengan dua daripada pembangunan paling ikonik di negara ini, Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan Putrajaya, KLCCH berkata bahawa ia telah membuktikan visi strategik dalam pembangunan bandar berskala besar, menetapkan standard dalam perancangan induk dan kelestarian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KLCC Holdings
#bandar malaysia
#tapak bekas pangkalan TUDM Sungai Besi
#KLCC Property
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan