awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan, Malaysia adakan pusingan ke-9 rundingan FTA di Kuala Lumpur

Bernama
Bernama
13/05/2025
02:50 MYT
Korea Selatan, Malaysia adakan pusingan ke-9 rundingan FTA di Kuala Lumpur
Perbincangan Korea Selatan dan Malaysia memberi tumpuan kepada lapan bidang utama, termasuk akses pasaran bagi barangan dan perkhidmatan, serta kerjasama ekonomi secara lebih menyeluruh. - Gambar hiasan
SEOUL: Korea Selatan dan Malaysia mengadakan pusingan kesembilan rundingan bagi perjanjian perdagangan bebas (FTA) dua hala pada Selasa, bertujuan mengembangkan hubungan dagangan dan memperkukuh kerjasama ekonomi, lapor agensi berita Yonhap.
Pusingan terbaharu rundingan itu berlangsung selama tiga hari di Kuala Lumpur dan melibatkan kira-kira 70 pegawai perdagangan dari kedua-dua negara, menurut Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga Korea Selatan.
Perbincangan memberi tumpuan kepada lapan bidang utama, termasuk akses pasaran bagi barangan dan perkhidmatan, serta kerjasama ekonomi secara lebih menyeluruh.
Rundingan disambung semula pada Mac 2024 selepas tertangguh selama lima tahun, dengan kedua-dua pihak berusaha mempercepat kemajuan ke arah perjanjian komprehensif.
Meskipun Korea Selatan sudah mempunyai FTA dengan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), negara itu sedang berusaha memeterai FTA dua hala dengan negara anggota secara individu, termasuk Malaysia, bagi menyesuaikan strategi dagangan dengan lebih berkesan.
"FTA dua hala dengan Malaysia, sebuah pasaran berpotensi besar di rantau ASEAN, akan banyak membantu syarikat Korea Selatan meningkatkan daya saing global dan mengurangkan kesan ketidaktentuan berikutan tindakan tarif Amerika Syarikat serta peningkatan dasar perlindungan perdagangan di peringkat global," kata Ketua Pengarah Rundingan FTA di kementerian itu, Kwon Hye Jin.
"Kerajaan akan terus berunding secara aktif dengan Malaysia untuk memuktamadkan rundingan FTA secepat mungkin," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#FTA
#pegawai perdagangan
#kerjasama ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami