BISNES
KPJ Healthcare perluas akses penjagaan kesihatan di Desaru

Pusat itu akan memastikan setiap pesakit menerima rawatan yang selamat, tepat dan holistik selaras dengan piawaian perkhidmatan KPJ. - Foto KPJ Healthcare
KUALA LUMPUR: KPJ Healthcare memperluaskan akses penjagaan kesihatan komuniti dengan pembukaan Pusat Informasi dan Fisioterapi di Desaru, Pengerang, di Johor yang menawarkan penjagaan lebih dekat, mudah diakses dan berteraskan pesakit kepada komuniti di Wilayah Selatan.
Ringkasan AI
- KPJ Healthcare memperluaskan akses kesihatan: Pembukaan Pusat Informasi dan Fisioterapi di Desaru, Pengerang, Johor bertujuan menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti dan mudah diakses oleh komuniti setempat.
- Menjawab permintaan yang meningkat: Terletak di kawasan pembangunan pesat, pusat ini menawarkan rawatan pemulihan seperti fisioterapi dan terapi respiratori serta sokongan tambahan bagi pesakit luar negara.
- Usaha berterusan untuk kesejahteraan masyarakat: Pembukaan pusat ini sejajar dengan pelan pengembangan KPJ Healthcare untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang mampan, inklusif dan berkualiti.
"Sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa dan zon pembangunan strategik, Desaru mencatat
pertumbuhan yang turut mendorong permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan kesihatan yang efisien dan menyeluruh.
"Pusat ini juga turut menawarkan pelbagai perkhidmatan pemulihan seperti fisioterapi, terapi senaman, terapi elektro dan terapi respiratori.
"Selain itu pusat berkenaan turut menyediakan khidmat sokongan menyeluruh merangkumi penyelarasan janji temuperubatan, pendidikan kesihatan kepada komuniti, serta bantuan perjalanan dan penginapan untuk pesakit luar negara.
“Desaru merupakan kawasan berpotensi tinggi dengan keperluan penjagaan kesihatan yang kian berkembang selari dengan pertumbuhan demografi dan ekonomi setempat.
"Melalui pusat ini, kami menyasarkanpendekatan yang lebih dekat dan berfokus kepada pesakit, sejajar dengan aspirasi ‘Care for Life’ yang membimbing setiap langkah kami dalam menyediakan perkhidmatan yang relevan, berkualiti dan berkesan untuk komuniti disitu," katanya dalam satu kenyataan.
Pusat yang dikendalikan oleh dua pegawai fisioterapi dan seorang pegawai informasi berpengalaman itu juga akan memastikan setiap pesakit menerima rawatan yang selamat, tepat dan holistik selaras dengan piawaian perkhidmatan KPJ.
"Pembukaan pusat di Desaru ini menandakan satu lagi langkah positif dalam pelan pengembangan KPJ Healthcare, sejajar dengan usaha berterusan untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang mampan,
inklusif dan menyokong kesejahteraan masyarakat.
"Inisiatif ini turut melengkapi perjalanan transformasi yang sedang digerakkan menerusi KPJHealth System, yang menekankan pengalaman pesakit, kecemerlangan klinikal dan pendekatan yang lebih menyeluruh dalam penjagaan," katanya lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami