awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPLB terus perkukuh kerjasama pembangunan usahawan platform e-dagang - Mahdzir

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
03/09/2022
10:45 MYT
KPLB terus perkukuh kerjasama pembangunan usahawan platform e-dagang - Mahdzir
Mahdzir menyaksikan majlis pemeteraian pelanjutan Memorandum Persefahaman (MoU) KPLB dengan syarikat Elokal Sdn Bhd bagi menjayakan Program DesaMall@KPLB. - Foto Astro AWANI
ALOR SETAR: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) terus mengukuhkan kerjasama pembangunan usahawan luar bandar berasaskan platform e-dagang.
Ia termasuk menerusi pemeteraian pelanjutan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat Elokal Sdn Bhd bagi menjayakan Program DesaMall@KPLB.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kerjasama itu merangkumi program bimbingan dan latihan kepada usahawan luar bandar, pemasaran produk secara dalam talian serta bekerjasama dengan pemain industri yang relevan untuk menjayakan DesaMall@KPLB.
"(Menerusi program ini) pertama, masyarakat luar bandar termasuk usahawan yang belajar mengenai digital ini dapat manfaat daripada persefahaman ini yang mana boleh buat target berapa ramai dia nak latih usahawan luar bandar. Yang kedua, ada peningkatan jualan di kalangan usahawan luar bandar," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan pemeteraian MoU itu sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Kedah di pekarangan Stadium Darul Aman hari ini.
KPLB diwakili oleh Ketua Setiausaha, Datuk Ramlan Harun manakala Elokal Sdn Bhd diwakili Pengarah Urusannya yang juga Pentadbir DesaMall@KPLB, Ahmad Shah Wahid.
Pada majlis yang sama, Mahdzir turut menyaksikan Elokal Sdn Bhd menandatangani kerjasama dengan 11 rakan strategik.
Antaranya MaybankQR, Bank Islam, Bank Simpanan Nasional, Fasspay, Foodpanda Malaysia, Lazada, Celcom dan Maxis.
Program DesaMall@KPLB adalah inisiatif KPLB yang bertujuan membantu usahawan luar bandar memasarkan produk mereka secara dalam talian melalui platform e-dagang.
KPLB merupakan kementerian peneraju Jelajah AKM Kedah yang berlangsung mulai semalam hingga Ahad ini.
Jelajah AKM Kedah adalah edisi kesembilan selepas Johor, Perlis, Sabah, Terengganu, Perak, Kelantan, Sarawak dan Selangor.
Penganjuran Jelajah AKM bertujuan memudahkan rakyat di setiap negeri mendapatkan maklumat terus mengenai bantuan dan perancangan yang ditawarkan kerajaan.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pembangunan Luar Bandar
#Mahdzir Khalid
#E-dagang
#DesaMall KPLB
#usahawan luar bandar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan