KUALA LUMPUR:Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) akan mengemukakan laporan akhir kajian menyeluruh situasi buruh sektor perladangan sawit Malaysia kepada Jabatan Buruh Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) sebagai langkah untuk mengelak sekatan ke atas produk agrikomoditi negara pada masa depan.
Menterinya, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata langkah itu juga sebagai antara inisiatif untuk mengeluarkan sektor perladangan sawit Malaysia daripada Senarai Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan (TVPRA).
"Sebagai makluman, KPPK telah membentangkan kajian situasi buruh sektor perladangan sawit Malaysia dan telah diterima oleh Kabinet pada 24 Julai 2020," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata KPPK akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pemegang taruh untuk mencari penyelesaian yang efektif bagi menangani isu tersebut.
"Malaysia komited mengenai isu perburuhan dalam sektor perladangan komoditi ini yang elemen kawalan perburuhan telah dimasukkan sebagai antara syarat pelesenan ladang sawit di bawah pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang berkuat kuasa secara mandatori mulai 1 Januari 2020," katanya.
Semalam, Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS menerusi perintah pelepasan tahan telah menyekat semua produk FGV apabila penyiasatan mendapati terdapat penggunaan buruh paksa.
Menurut jabatan itu, perintah tersebut susulan penyiasatan yang dijalankan selama setahun apabila membawa pendedahan penggunaan buruh paksa termasuk penipuan; sekatan pergerakan; pengasingan; keganasan fizikal dan seksual; intimidasi dan ancaman; penyimpanan dokumen pengenalan diri; penahanan gaji; perhambaan hutang; keadaan hidup dan kerja berlebihan.
FGV dalam kenyataan hari ini telah menzahirkan kekecewaannya ke atas sekatan tersebut kerana pengeluar sawit mentah terbesar itu telah mengambil pelbagai langkah untuk menghormati hak asasi manusia dan menegakkan piawaian pekerja.
"Malah, dalam kenyataan kami pada 26 September lalu, pelbagai tindakan telah dilakukan FGV untuk menghormati komitmen berkenaan," katanya.
Berdasarkan data yang dikeluarkan KPPK, bagi tempoh Januari-Julai 2020, jumlah eksport agrikomoditi ke AS bernilai RM11.8 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 01 2020
Langkah itu juga sebagai antara inisiatif untuk mengeluarkan sektor perladangan sawit Malaysia daripada Senarai Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan (TVPRA).
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
Brunei antara lima sumber pelancongan utama bagi Malaysia pada Januari-April
Lebih 390,000 pelawat dari Brunei lawat Malaysia bagi tempoh Januari hingga April 2024, menjadikan Brunei antara lima sumber pelancongan utama bagi negara ini.
Oil and Gas Asia 2024 jangka tarik 500 pempamer dari 100 negara
OGA 2024 akan menjadi edisi ke-20, ia bermula pada tahun 1987 sebagai pertunjukan dwitahunan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Subsidi negara dijangka cecah RM81 bilion tahun ini - PM Anwar
Subsidi dikeluarkan kerajaan untuk rakyat di seluruh negara termasuk elektrik, minyak dan makanan dijangka mencecah RM81 bilion tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petronas akan tambah pengeluaran harian kepada 2.7 juta Boe
Prospek industri tenaga juga dilihat sebagai mencabar bagi tempoh berbaki tahun ini.
APMM tahan dua kapal pindah minyak secara haram
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini menahan dua kapal bekalan luar pesisir selepas dipercayai melakukan operasi pemindahan minyak dari kapal ke kapal (STS) secara haram.
Menteri OPEC Plus adakan pertemuan bersemuka pertama sejak 2020
Pertemuan bersemuka peringkat menteri OPEC itu adalah yang pertama diadakan sejak Mac 2020 berikutan sekatan COVID-19.
"Harga minyak tak turun? Saya tidak menjadi Perdana Menteri nak buat macam mana?"- Anwar
Anwar jawab sindiran pihak-pihak tertentu yang mempertikai janji-janji yang diberikannya jika PKR menang pada PRU akan datang.
AS mungkin tetapkan harga siling minyak yang 'untungkan' Rusia
Janet Yellen berkata demikian susulan laporan mengenai Rusia mungkin menghentikan pengeluaran minyak akibat penetapan harga siling.
Sri Lanka hadapi cabaran bayar penghantaran minyak
Negara yang mempunyai 22 juta penduduk itu tidak mampu membayar import penting barangan makanan, baja, ubat-ubatan dan bahan api.