awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
KP Perkhidmatan Awam santuni pesara, sampaikan bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kumpulan KTMB umum pelantikan Azlan Shah Al Bakri sebagai CEO baharu

Bernama
Bernama
11/01/2026
09:45 MYT
Kumpulan KTMB umum pelantikan Azlan Shah Al Bakri sebagai CEO baharu
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan pelantikan bekas Ketua Pengarah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) Datuk Azlan Shah Al Bakri, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa esok. - Foto APAD
KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan pelantikan bekas Ketua Pengarah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) Datuk Azlan Shah Al Bakri, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa esok.
KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan itu mencerminkan keyakinan Ahli Lembaga Pengarah terhadap kewibawaan serta kepakaran Azlan, khususnya dalam ekosistem pengangkutan awam dan tadbir urus organisasi.
Menurut pengendali perkhidmatan pengangkutan rel negara itu, ia juga selari dengan komitmen KTMB untuk terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan rel negara secara berfasa, progresif dan berpaksikan pengguna.
"KTMB yakin pelantikan ini akan memperkukuh hala tuju strategik organisasi, dalam melaksanakan pembaharuan operasi, mempertingkat tahap penyampaian perkhidmatan, serta memperkukuh kerjasama strategik bersama pemegang taruh demi manfaat rakyat dan pembangunan mobiliti negara," menurut kenyatan itu.
Sementara itu Pengerusi KTMB Datuk Ahmad Redza Abdullah dalam kenyataan sama memaklumkan pelantikan Azlan dibuat berdasarkan rekod kepimpinan yang kukuh dan pengalaman mendalam dalam sektor pengangkutan awam.
"KTMB yakin beliau mampu memacu syarikat ke arah pencapaian yang lebih tinggi melalui pendekatan berteraskan tadbir urus baik, daya saing operasi dan penambahbaikan pengalaman pelanggan," katanya.
Azlan Shah pula menegaskan komitmennya untuk memperkukuh keupayaan KTMB sebagai pengendali rel negara melalui penambahbaikan berterusan, menekankan aspek keselamatan, kebolehpercayaan perkhidmatan dan kecekapan operasi demi manfaat pengguna.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KTMB
#CEO baharu
#Azlan Shah Al Bakri
#Ketua Pegawai Eksekutif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan