BISNES
Kumpulan Prasarana lantik Amir Hamdan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif

Amir menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas pelantikan tersebut, yang disifatkannya sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar. - Foto Prasarana
KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini mengumumkan pelantikan rasmi Amir Hamdan sebagai Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (PGCEO), berkuat kuasa semalam (15 Ogos).
Ringkasan AI
- Amir Hamdan dilantik secara rasmi sebagai Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana berkuat kuasa 15 Ogos 2025, selepas memangku jawatan sejak 1 Julai.
- Beliau berpengalaman lebih 25 tahun dalam kewangan dan operasi, serta pernah mengetuai Rapid Rail dan memacu pelbagai inisiatif penambahbaikan perkhidmatan rel.
- Amir bertekad memperkukuh sistem pengangkutan awam melalui pendekatan inklusif dan berteraskan rakyat, demi manfaat masyarakat dan negara.
"Kepimpinan beliau yang tenang, berwibawa dan berpaksikan budaya kerja syarikat telah membuktikan keupayaannya memacu Kumpulan Prasarana ke hadapan.
"Lembaga Pengarah yakin beliau akan terus membawa organisasi ini mencapai kejayaan lebih besar, selaras dengan matlamat nasional memperkukuh sistem pengangkutan awam negara," katanya dalam kenyataan itu.
Sementara itu, Amir menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas pelantikan tersebut, yang disifatkannya sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar.
"Dengan sokongan seluruh warga kerja Prasarana, saya bertekad memperkukuh sistem pengangkutan awam negara melalui pendekatan inklusif, berdaya saing dan berteraskan rakyat. Saya percaya dengan semangat kerjasama serta komitmen bersama, kita mampu membawa Prasarana ke tahap lebih cemerlang demi manfaat masyarakat dan negara," katanya.
Amir menyertai Prasarana pada 2019 dan mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dalam bidang kewangan, operasi serta strategi korporat.
Beliau sebelum ini telah memegang beberapa jawatan di dalam Prasarana termasuk sebagai Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Operasi), Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, serta Timbalan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami