KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) akan melabur sehingga RM500 juta bagi tempoh 18-24 bulan akan datang untuk Dana Perintis yang baharu dilancarkan dalam usaha melonjakkan ekosistem usaha niaga dan permulaan di Malaysia.
Ketua Pegawai Pelaburannya Hazman Hilmi Sallahuddin berkata dana tersebut merangkumi dua teras strategik pelaburan bagi dana modal teroka (VC) terpilih Malaysia serta pelaburan langsung bagi syarikat di peringkat awal.
"Menerusi peruntukan sebanyak RM250 juta bagi setiap teras, inisiatif KWAP adalah bagi mempercepat pertumbuhan landskap keusahawanan Malaysia yang sejajar dengan komitmen kelestarian KWAP sebagai penandatangan Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab PBB (PRI)," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran dana itu di sini, hari ini.
Hazman juga menyifatkan Dana Perintis sebagai satu inisiatif serta bukti komitmen KWAP dalam meningkatkan lagi pertumbuhan industri syarikat pemula niaga di negara ini.
"Dana Perintis ini tidak hanya menyaksikan kita membuat pelaburan modal kewangan, tetapi turut membabitkan kepakaran, sumber dan komitmen untuk melihat syarikat pemula niaga Malaysia ini meraih kejayaan di peringkat global, terutama yang melibatkan KWAP secara langsung," katanya.
Sementara itu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata pelancaran Dana Perintis oleh KWAP juga seiring dengan agenda negara untuk menyuntik nafas baharu ke dalam ekosistem syarikat pemula niaga.
"Peruntukan besar RM500 juta itu juga membuktikan bahawa idea yang baik ini perlu disokong. Malah, lebih banyak idea baik juga perlu diberi peluang untuk dimajukan.
"Menerusi usaha menyalurkan sejumlah besar wang dalam peringkat awal dan inkubator, kita juga perlu menerima hakikat bahawa ASEAN adalah masa depan dan Malaysia merupakan lokasi terbaik untuk blok ekonomi terbesar di Asia.
"Dana Perintis ini akan menarik kehadiran pelabur antarabangsa dan VC untuk membuka pejabat di Kuala Lumpur dan meneroka rantau ini, membawa pengasas serta rangkaian penaja berpengalaman yang akan mewujudkan reaksi dari segi rantaian usaha niaga yang inovatif," katanya.
Sementara itu, mengulas selanjutnya, Hazman berkata sebagai pelabur terkemuka Malaysia, KWAP berusaha untuk berperanan penting dalam memacu negara ke arah ekosistem peringkat awal yang pesat.
Malah, dengan melabur secara strategik dan menangani jurang kritikal, KWAP juga berharap untuk memacu trajektori pertumbuhan landskap permulaan dan meraih pulangan laras risiko yang menarik bagi pihak berkepentingannya.
"Sejumlah besar sehingga RM250 juta akan disalurkan untuk pelaburan dalam dana VC dengan pendedahan yang menumpukan Malaysia. Ini sejajar dengan usaha KWAP untuk menyokong pembangunan ekosistem usaha niaga yang mampan.
"Dana VC ini berperanan sebagai pemangkin dinamik, memupuk pemula niaga inovatif dengan menyediakan modal serta bimbingan penting. Pelaburan strategik KWAP akan merangkumi spektrum perjalanan permulaan kepada pengurus pertumbuhan yang menyumbang kepada kematangan keseluruhan ruang usaha niaga Malaysia," katanya.
Hazman berkata, sejajar dengan pelaburan dana itu, sejumlah RM250 juta lagi disasarkan kepada pelaburan langsung dalam syarikat-syarikat pemula niaga yang berpotensi, sekali gus memaparkan hasrat KWAP untuk memupuk syarikat terbabit mengharungi peringkat pertumbuhan dan pengembangan.
"Kita komited untuk memperkasa syarikat permulaan dan perusahaan kecil dan sederhana, menyokong aspek pekerjaan dan memupuk inovasi. Bagi menjayakan visi ini, KWAP telah mengenal pasti beberapa syarikat pemula niaga yang berpotensi untuk melabur dan kini menggaji lebih 1,000 rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023

Dana tersebut merangkumi dua teras strategik pelaburan bagi dana modal teroka (VC) terpilih Malaysia serta pelaburan langsung bagi syarikat di peringkat awal. - Gambar Bernama

Pertahanan Young Tigers perlu diperkemas - Maninderjit
Skuad Young Tigers perlu memperbaiki kelemahan di bahagian pertahanan seandainya mahu menundukkan Mesir pada perlawanan klasifikasi tempat kesembilan hingga 16 Kejohanan JWC esok.

Hon Jian-Muhammad Haikal raih kejuaraan kedua di India
Beregu muda lelaki negara Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri muncul juara Kejohanan Masters Guwahati 2023 di India, hari ini.
AWANI 7:45 [10/12/2023] - Penjelasan PM bersama TPM | Malam penentu All Stars Gegar Vaganza
Tiada lagi tebuk atap, atap Kerajaan Perpaduan kukuh ibarat konkrit.
Penduduk Apartmen Idaman Trauma, larang anak main luar rumah.
Dua belas minggu berentap, siapa Juara All Stars Gegar Vaganza?
Penduduk Apartmen Idaman Trauma, larang anak main luar rumah.
Dua belas minggu berentap, siapa Juara All Stars Gegar Vaganza?

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI capai matlamat, lebih 200,000 hadir
Penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI selama tiga hari berjaya mencapai matlamat untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar serta inisiatif kerajaan kepada rakyat.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Zayn Rayyan | Setahun Kerajaan MADANI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pihak sekolah diarah sediakan laporan lengkap insiden buli pelajar lari asrama - Lim
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata KPM akan mengambil tindakan selanjutnya selepas menerima laporan lengkap dan menjalankan siasatan berhubung kejadian buli tersebut.

Ukraine mungkin tidak sertai Sukan Olimpik Paris
Ukraine mungkin tidak akan menyertai Sukan Olimpik Paris 2024 melainkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengubah pendiriannya.

Program setahun bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan - Menteri
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan kerana mendapat sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran lebih 230,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran.
Filipina dan China berbalah isu pertembungan kapal
Filipina dan China saling menuduh berhubung perlanggaran kapal mereka di perairan yang dipertikaikan di Laut China Selatan ketika ketegangan mengenai tuntutan di laluan air penting itu memuncak.
12 minggu bersaing, juara milik siapa?
Malam penentu, siapakah bakal muncul juara All Stars Gegar Vaganza. Asyraf Roslan berikan analisis awal mengenai peluang setiap finalis.

Karnival MyPesara medan rai pesara, kenali keperluan alam persaraan
Inisiatif KWAP untuk merai dan mendidik pesara serta masyarakat tentang alam persaraan yang sihat, produktif dan bermakna.

PNB, KWSP, KWAP meterai urus niaga pajakan balik dengan ams Osram bernilai RM2 bilion
PNB, KWSP dan KWAP telah memeterai perjanjian transaksi jualan dan pajakan balik bernilai RM2 bilion dengan Osram Opto Semiconductors Sdn Bhd bagi kemudahan pembuatannya di Kulim Hi-tech Park, Kedah.

Anugerah MyPesara iktiraf, dorong pesara terus berbakti selepas tamat perkhidmatan
Satu program kerjasama antara Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

KWAP labur RM500 juta dalam dana perintis
KWAP akan melabur sehingga RM500 juta bagi tempoh 18-24 bulan akan datang untuk Dana Perintis yang baharu dilancarkan dalam usaha melonjakkan ekosistem usaha niaga dan permulaan di Malaysia.

22,000 pesara kerajaan mangsa scammer, kerugian RM850 juta
Seramai 22,000 pesara kerajaan telah menjadi mangsa scammer setakat ini, melibatkan kerugian sebanyak RM850 juta.

Pelantikan baharu jawatan utama selaras pelaksanaan TERAS 5 KWAP
KWAP mengumumkan pelantikan Haizad Rizal A Aziz dan Maz Mirza Mohd Aminurashid sebagai Ketua Pegawai Kewangan dan Ketua Pegawai Digital baharu KWAP, berkuatkuasa 3 Oktober 2022.

KWAP mulakan strategi untuk capai pulangan pelaburan 7 peratus menjelang 2025
KWAP akan menumpukan kepada pelaburan swasta iaitu ekuiti swasta, infrastruktur dan hartanah pada masa hadapan dalam merealisasikan sasaran tersebut.

MOF yakin KWAP mampu kembang dana RM200 bilion, tingkat lebih 30 aset harta menjelang 2025
TERAS 5 akan memastikan organisasi itu bersedia untuk mencapai visi baharunya untuk menjadi dana persaraan yang menyokong pembangunan negara dan terus memberi manfaat kepada ahlinya.

Kumpulan Wang Persaraan bukan lagi pemegang saham Serba Dinamik
Menurut pemfailan bursa, KWAP telah tidak lagi menjadi pemegang saham besar Serba Dinamik pada 1 Jun tahun lepas.

LTAT patuhi keputusan Kementerian Kewangan mengenai bayaran caruman kerajaan
LTAT memohon panduan daripada Kementerian Kewangan berkenaan sebarang pembayaran caruman kerajaan pada masa hadapan.