awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langkah BNM diunjur stabilkan kadar antara bank jangka pendek

Bernama
Bernama
06/12/2022
04:30 MYT
Langkah BNM diunjur stabilkan kadar antara bank jangka pendek
Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini dengan langkah operasi BNM menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini dengan langkah operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM43.02 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam bernilai RM37.40 bilion.
Pada hari ini, bank pusat itu akan melaksanakan dua tender pasaran wang konvensional masing-masing bernilai RM1 bilion satu selama tujuh hari dan 14 hari serta tender repo berbalik bernilai RM2 bilion selama 31 hari.
BNM juga menawarkan tiga tender Qard iaitu masing-masing tender RM1.3 bilion selama tujuh hari, tender RM700 juta bagi tempoh 14 hari dan tender RM800 juta selama 22 hari.
Bank pusat itu turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual beli balik dan kemudahan Komoditi Murabahah Bercagar selama sebulan hingga tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM42 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai sehingga RM33.6 bilion.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#Komoditi Murabahah Bercagar
#tender semalaman konvensional
#kadar jangka pendek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan