awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langkah pelepasan PN17 kepada AirAsia tidak diklasifikasi sebagai penerbit tersenarai PN17

Bernama
Bernama
14/01/2022
00:49 MYT
Langkah pelepasan PN17 kepada AirAsia tidak diklasifikasi sebagai penerbit tersenarai PN17
Kumpulan itu dikehendaki menilai semula keadaannya semasa berakhirnya tempoh pelepasan menurut pekeliling Bursa. - Foto fail
KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd mengumumkan bahawa langkah-langkah pelepasan Nota Amalan 17 (PN17) Bursa Malaysia menyebabkan syarikat itu mencetuskan kriteria yang digantung, namun, tidak diklasifikan sebagai penerbit tersenarai PN17.
Katanya kumpulan itu akan terus mencetuskan kriteria yang ditetapkan daripada keperluan penyenaraian Pasaran Utama dan permohonan telah dikemukakan kepada Bursa untuk melanjutkan tempoh pelepasan itu selepas 7 Jan, 2022 dan rayuan susulan keputusan Bursa Malaysia terhadap permohonan itu.
"Berdasarkan pertimbangan kepada seluruh fakta dan keadaan termasuk representasi bertulis dan dokumen yang diberikan kepada Bursa Malaysia, bursa saham tempatan itu telah memutuskan untuk menolak rayuan itu," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.
Katanya sebelum ini kumpulan itu dikehendaki menilai semula keadaannya semasa berakhirnya tempoh pelepasan menurut pekeliling Bursa mengenai Langkah Pelepasan Tambahan pada 16 April, 2020 dan 17 Feb, 2021.
Langkah pelepasan tambahan telah diumumkan pada pada 16 April, 2020 dan menurut Bursa Malaysia syarikat yang mencetuskan sebarang kriteria yang digantung antara 17 April, 2020 dan 30 Jun, 2021 tidak akan diklasifikasikan sebagai syarikat PN17 atau GN3 untuk tempoh 12 bulan.
Ia bertujuan memberikan fleksibiliti yang lebih besar kepada syarikat tersenarai yang terjejas untuk memberi tumpuan dalam mengekalkan perniagaan dan operasi di samping menguruskan kedudukan kewangan mereka.
Pengumuman selanjutnya mengenai perkara ini akan dibuat dalam masa terdekat, kata syarikat itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AirAsia
#PN17
#Bursa Malaysia
#pasaran utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan