Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengagihkan zakat mengikut negeri-negeri berjumlah RM60 juta bagi tahun 2016/17, melebihi jumlah zakat sebanyak RM57 juta pada 2015/16.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Johan Abdullah berkata jumlah zakat tersebut adalah berdasarkan jumlah sumbangan pendeposit dari setiap negeri, dengan Selangor merupakan negeri dengan jumlah terbanyak, diikuti Wilayah Persekutuan, Johor dan Kedah.
"Semua negeri telah diagihkan melalui pusat pungutan zakat negeri masing-masing," kata beliau kepada pemberita pada majlis sumbangan zakat Program Ehsan TH, di sini hari ini.
Untuk Program Ehsan TH sahaja, TH memperuntukkan zakat sebanyak RM975,000, yang disasarkan kepada 1,941 asnaf fakir dan miskin di seluruh negara.
"Program Ehsan TH yang kita adakan hari ini adalah salah satu daripada program tanggungjawab sosial korporat TH bersempena bulan Ramadan, bertujuan untuk membantu ibu dan bapa tunggal, warga emas dan orang kurang upaya daripada golongan asnaf fakir miskin di seluruh negara," katanya.
Beliau juga berkata program ini merupakan platform terbaik buat TH mendekati para penerima, selain mengeratkan lagi ikatan silaturrahim dengan komuniti setempat.
Selain Program Ehsan, TH turut sedang melaksanakan Program Ziarah Kasih Ramadan Al Mubarak 2017 yang dikendalikan Yayasan TH di 50 lokasi seluruh negara sempena Ramadan tahun ini. - BERNAMA
Bernama
Tue Jun 06 2017
Untuk Program Ehsan TH sahaja, TH memperuntukkan zakat sebanyak RM975,000, yang disasarkan kepa da 1,941 asnaf fakir dan miskin di seluruh negara. - Gambar fail
Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif - Anwar
Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anjing kejar budak berjaya ditangkap, ada pemilik - PBT
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) berjaya menangkap tiga ekor anjing yang dipercayai mengejar seorang kanak-kanak lelaki hingga nyaris digilis kereta pada Sabtu.
Fokus Minggu Depan: Soladiriti Gaza merantasi bangsa dan agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Musim haji: Persiap diri, jaga keselamatan dan kesihatan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menasihatkan jemaah agar membuat persiapan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.
Liga-M: Dua pemain digantung perlawanan, dua lagi diberi amaran keras - FAM
Dua pemain digantung perlawanan manakala dua lagi diberi amaran keras susulan kesalahan dilakukan dalam perlawanan saingan baru-baru ini.
Rasuah bekas Presiden Korea Selatan, pewaris Samsung Group dihukum penjara
Pewaris syarikat gergasi teknologi, Samsung Group (Samsung), Lee Jae-yong dihukum penjara dua setengah tahun kerana didapati bersalah merasuah bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye pada 2015.
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
China kecam tindakan AS ke atas Iran
Lijian berkata AS tidak mempunyai hak untuk mendesak tindakan ke atas Iran.
Tak buang pekerja walaupun terjejas akibat COVID-19, pengorbanan majikan akhirnya berbaloi
Meskipun masih mengalami kerugian sekitar 20 peratus, namun ia jauh lebih baik daripada penurunan 55 peratus dialami pada Mac lalu.
Aung San Suu Kyi sah bertanding untuk penggal kedua
Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi bakal bertanding bagi pilihan raya penggal kedua selepas mencalonkan diri sendiri.
PM Lee umum Kabinet baharu Singapura
Lee berkata Heng Swee Keat akan memikul tanggungjawab tambahan sebagai Menteri Penyelaras bagi Dasar-dasar Ekonomi.
Wanita dipenjara atas 208 pertuduhan pecah amanah
Terdahulu, jurubahasa mahkamah mengambil masa kira-kira dua jam untuk membacakan kesemua pertuduhan yang dihadapi Nooriante.
Lagi kes kucing mati dimasuk dalam mesin dobi pakaian
Arie berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi dan disedari orang awam sekitar pukul 9 pagi tadi.
Korban pertama COVID-19 di luar negara layak terima bantuan PERKESO
Seorang rakyat Malaysia yang meninggal dunia di Qatar akibat COVID-19 10 Jun lepas layak menerima bantuan Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM 2,000 dan faedah Pencen Penakat hari ini.