awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Lee umum Kabinet baharu Singapura

Bernama
Bernama
25/07/2020
08:52 MYT
PM Lee umum Kabinet baharu Singapura
Lee berkata seramai 37 orang akan dilantik, menyamai barisan Kabinet 2015. - Gambar fail
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong hari ini mengumumkan barisan Kabinet baharunya termasuk Heng Swee Keat yang dilantik semula sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Semasa mengumumkan ahli jemaah menteri baharunya melalui persidangan media dalam talian, Lee berkata Heng juga akan memikul tanggungjawab tambahan sebagai Menteri Penyelaras bagi Dasar-Dasar Ekonomi.
Sementara itu, Chan Chun Sing kekal sebagai Menteri Perdagangan dan Industri, manakala Ong Ye Kung dilantik sebagai Menteri Pengangkutan selepas penyandang terdahulu Khaw Boon Wang bersara.
Dua menteri kanan Teo Chee Hean dan Tharman Shanmugaratnam masing-masing kekal sebagai Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara dan Menteri Penyelaras bagi Dasar-dasar Sosial.
Lee berkata seramai 37 orang akan dilantik, menyamai barisan Kabinet 2015.
Parti Tindakan Rakyat yang diterajui Lee selaku Setiausaha Agung mengekalkan kuasanya pada pilihan raya umum republik itu apabila memenangi 83 daripada 93 kerusi parlimen yang dipertandingkan.
Topic Berkaitan
#2015
#ekonomi
#kabinet
#keselamatan
#Lee Hsien Loong
#Parlimen
#Perdana Menteri
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#PM
#rakyat
#Singapura
#Timbalan Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan