BISNES
LRT Laluan Mutiara: SRS Consortium terima notis mula kerja
GEORGE TOWN: Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara mencatat perkembangan penting apabila kontraktor sivil utama 1 (CMC1) SRS Consortium Sdn Bhd menerima Notis Mula Kerja (NTP) daripada pemaju projek MRT Corporation (MRTC) pada 15 Julai lepas.
Ringkasan AI
- Kerja pembinaan rasmi LRT Laluan Mutiara telah bermula selepas SRS Consortium menerima Notis Mula Kerja daripada MRT Corp pada 15 Julai, menandakan permulaan projek LRT pertama di Pulau Pinang.
- Kerajaan negeri menunggu tender CMC2 dan pelaksanaan platform maklum balas awam, bagi memastikan keterbukaan dan kerjasama dalam pelaksanaan projek mega.
- LRT sepanjang 29.5 km dengan 21 stesen dijangka siap menjelang 2031, bertujuan mempertingkatkan akses dan mengurangkan kesesakan antara Pulau Pinang dan tanah besar.
"Antaranya melibatkan pemindahan utiliti, pelebaran jalan, kerja-kerja cerucuk tanah dan penyediaan tapak bina di semua lokasi sepanjang jajaran Laluan Mutiara yang telah memperoleh kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Chow turut memaklumkan kerajaan negeri kini menunggu keputusan tender bagi pelantikan kontraktor utama siap bina untuk Pakej CMC2 melibatkan jajaran dari Macallum ke Penang Sentral serta pakej sistem rel untuk keseluruhan Laluan Mutiara.
Beliau berkata tahun ini menyaksikan beberapa perkembangan utama dalam projek itu termasuk Majlis Pecah Tanah di tapak Stesen Bandar Sri Pinang, pelantikan SRS sebagai kontraktor utama siap bina bagi CMC1 pada Januari lepas dan terkini pengeluaran NTP kepada pihak SRS.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan kerajaan negeri akan memperkenalkan platform komunikasi strategik dan talian maklum balas melibatkan semua projek mega di negeri berkenaan, yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.
"Usaha ini bertujuan memastikan keterbukaan maklumat dan memudahkan interaksi awam sepanjang pelaksanaan projek.
"Kerajaan negeri menyeru semua pihak terutamanya rakyat Pulau Pinang untuk memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang pelaksanaan projek yang dijangka selesai pada 2031 demi masa depan negeri ini," katanya.
LRT Laluan Mutiara sepanjang 29.5 kilometer itu merangkumi 21 stesen strategik dan direka untuk meningkatkan keterhubungan antara Pulau Pinang dan tanah besar, sekali gus mengurangkan kesesakan jalan raya serta mempertingkat kebolehaksesan.
Pelan jajaran utama merangkumi laluan dari Pulau Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR-A) ke Penang Sentral dan Stesen Komtar di Georgetown, dengan perkhidmatan tren dijadualkan bergerak secara bergilir di sepanjang laluan berkenaan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami