KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan mempergiat usaha bagi meningkatkan potensi eksport sarang burung walet (SBW) gua ke China dalam masa terdekat.
Menterinya Datuk Seri Ronald Kiandee berkata ia bagi memastikan produk hasilan negara itu dipasarkan di China dengan nilai sebenar yang boleh mencecah sehingga RM20,000 sekilogram sekiranya menepati tahap kualiti yang dipastikan selamat dimakan serta mempunyai daya jejak.
"Hasil pengeluaran SBW daripada gua adalah sebanyak 40 hingga 60 tan metrik setahun. Potensi SBW gua adalah tinggi kerana harga sarang burung walet mentah gua belum bersih (EBN-RUC) adalah sekitar RM8,000 sekilogram.
"China merupakan negara pengguna SBW gua terbesar di dunia dengan permintaan sebanyak 80 tan metrik setahun. Ketika ini, SBW gua mentah belum bersih negara hanya dieksport ke Hong Kong, Taiwan dan Vietnam," katanya dalam kenyataan dikeluarkan MAFI pada Jumaat.
Dalam kenyataan itu MAFI menjelaskan China merupakan negara pengimport utama SBW dengan mengimport 80 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport SBW Malaysia.
Bagi memenuhi protokol eksport SBW ke China, MAFI memaklumkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah mengakreditasi dan memberi pentauliahan persijilan Veterinary Health Mark (VHM) kepada 30 loji pemprosesan dan persijilan Amalan Kebersihan Veterinar Yang Baik (GVHP) kepada 44 loji pemprosesan.
Hingga tahun lepas, sebanyak 41 loji SBW di Malaysia telah diluluskan oleh Pentadbiran Am Kastam Republik Rakyat China (GACC) iaitu 38 loji sarang burung walet bersih (EBN-RC) dan tiga loji EBN-RUC.
"Permintaan yang sangat tinggi dan khasiat sarang burung itu membuatkan nilai pasarannya yang tinggi dengan jumlah eksport industri ini pada 2020 adalah sebanyak 5,654 tan metrik bernilai RM1.2 bilion dan eksport komoditi ini kekal kukuh di kala negara masih mengharungi penularan COVID-19.
"Sehingga 2021, terdapat 16,731 premis rumah burung walet dan lima gua pengeluar SBW yang telah berdaftar iaitu Gua Gomantong dan Gua Madai di Sabah, Gua Silabur dan Gua Niah di Sarawak serta gua di Pulau Dangli, Langkawi, Kedah," menurut kenyataan itu.
MAFI melalui DVS juga mengambil pelbagai langkah untuk terus meningkatkan pengeluaran Edible Bird Nest (EBN) melibatkan aktiviti dalam semua rantaian nilai dalam industri EBN iaitu pengeluaran, pengumpulan, pemprosesan dan pemasaran.
Pada Khamis, Ronald melancarkan produk SBW gua Beho Birdnest Sdn Bhd dan meninjau operasi di loji pemprosesan SBW syarikat itu yang merupakan antara pengusaha SBW aktif di Malaysia dan berdaftar dengan pihak GACC.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 14 2022
Ronald (tengah) bersama Ketua Setiausaha MAFI Datuk Haslina Abdul Hamid (dua kanan) ketika mengadakan lawatan ke loji pemprosesan SBW Beho Birdnest pada Khamis. - Foto Sinar Harian
Onn Hafiz harap ramai anak Johor di perantauan pulang sumbang bakti
Pelbagai usaha sedang giat dijalankan pihak kerajaan negeri bagi menarik minat anak jati Johor di perantauan itu.
Rakyat perlu kuasai AI untuk tentukan sendiri nilai moral, budaya dalam teknologi itu - PM
Jika AI tidak dikuasai, nilai dan moral dalam teknologi itu akan ditentukan oleh pihak-pihak yang menguasainya terutama dari barat.
Piala Thomas: Taiwan lakar kejutan singkir Denmark untuk mara ke separuh akhir
Kejayaan sensasi itu menyaksikan Taiwan berdepan Indonesia dan Malaysia menentang China di pentas separuh akhir pada jam 5 petang hari ini.
Gaji penjawat awam boleh dinaikkan dengan kawalan pengurusan kewangan - PM
Ketegasan dalam menguruskan kewangan juga mampu untuk memberikan lebih banyak manfaat serta barakah selepas ini kepada kumpulan terbabit.
Trio pecut wanita dalam senarai menunggu ke Paris 2024
Trio pecut wanita negara berpeluang beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila berada pada kedudukan pertama senarai menunggu untuk mengambil bahagian di temasya itu.
JAIM bakal perkenal Pusat Tahfiz TVET, tawar kursus selam dasar laut
JAIM bakal menjadikan Maahad Tahfiz Pulau Besar sebagai Pusat Tahfiz Program Pendidikan dan TVET yang turut menawarkan kursus selam dasar laut.
Jalan baharu sebagai laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
MSPO mampu penuhi permintaan EUDR, kata pakar
Panel pakar pensijilan yang dipanggil oleh MPOC telah menilai keupayaan pensijilan MSPO sebagai instrumen untuk memastikan pematuhan kepada EUDR.
SUKMA XXI bakal bawa limpahan ekonomi kepada Sarawak - Abdul Karim
Pemain industri perhotelan, inap desa dan pengusaha makanan serta pengangkutan di Sarawak bakal menerima limpahan ekonomi daripada penganjuran temasya SUKMA XXI Sarawak 2024.
MAQIS rampas sarang burung bernilai RM250,000
Hasil pemeriksaan mendapati 15 kotak gabus yang dibawa seorang lelaki warga Vietnam tidak mempunyai dokumen sah.
MAFI giat usaha eksport sarang burung walet gua ke China
Ia bagi memastikan produk hasilan negara itu dipasarkan di China dengan nilai sebenar yang boleh mencecah sehingga RM20,000 sekilogram.