DUBAI: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) berjaya menarik potensi pelaburan dengan nilai RM455 juta menerusi penganjuran Minggu Pertanian Lestari di Ekspo 2020 Dubai yang berlangsung dari 21 Februari lepas hingga hari ini.
Ketua Setiausaha MAFI Datuk Haslina Abdul Hamid berkata, potensi nilai pelaburan itu melebihi sasaran awal kementerian iaitu RM350 juta seterusnya menyifatkan penganjuran minggu tersebut sangat berjaya.
Beliau berkata potensi itu dicapai menerusi pemeteraian 12 Memorandum Persefahaman (MoU) antara syarikat Malaysia yang mengambil bahagian dengan syarikat tempatan melibatkan kerjasama teknikal, pelaburan, penyediaan fasiliti perniagaan (business facilitation) selain penyelidikan dan pembangunan.
"Selain itu, kita telah mengadakan 70 padanan perniagaan berbanding sasaran 50 dan semua usaha ini telah lama MAFI mulakan termasuklah dengan melancarkan laman mikro pertanian lestari yang memaparkan latar belakang lebih 40 syarikat berkaitan pertanian.
"Ada juga beberapa negara menyatakan minat untuk mengadakan fasiliti perniagaan berkaitan industri pertanian seperti Namibia, Mexico, Surinam, Slovakia, Jepun, India, Jerman dan Maldives," katanya kepada media Malaysia di sini, hari ini.
Menurut Haslina selain berjaya mewujudkan kerjasama perniagaan, Minggu Pertanian Lestari itu juga merupakan platform terbaik untuk syarikat Malaysia meluaskan pasaran halal bukan sahaja di sini atau Emeriah Arab Bersatu (UAE), malah ke pasaran Timur Tengah.
Beliau berkata aktiviti yang diadakan sepanjang minggu termasuk demonstrasi masakan tempatan, ukiran serta edaran buah-buahan tempatan seperti durian, nangka, pamelo dan jambu batu berjaya menarik kira-kira 40,000 orang pelawat ke Pavilion Malaysia.
Haslina turut berita kasih kepada semua pihak yang menjayakan Minggu Pertanian Lestari termasuk Malaysian Bioeconomy Development Corporation sebagai agensi pelaksana serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi selaku peneraju penyertaan Malaysia di Ekspo 2020 Dubai.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 26 2022

Potensi nilai pelaburan itu melebihi sasaran awal kementerian, seterusnya menyifatkan penganjuran minggu tersebut sangat berjaya. - Astro AWANI

Presiden Maldives akan lawat Malaysia untuk perkukuh hubungan dua hala
Presiden Maldives Mohamed Muizzu dijadual memulakan lawatan rasmi selama empat hari ke Malaysia mulai Ahad ini.

Usaha pembaharuan Bangladesh dapat sokongan kuat Qatar
Program pembaharuan kerajaan sementara Bangladesh menerima sokongan kuat dari Qatar.

Korea Selatan, AS adakan rundingan perdagangan berkaitan tarif
Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan rundingan perdagangan peringkat tinggi di Washington pada Khamis, ketika Seoul berusaha untuk menghapuskan tarif "timbal balik" menyeluruh yang diken

PRU Singapura 2025: Lapan parti layak guna masa siaran untuk kempen
Tempoh masa siaran yang diperuntukkan untuk setiap parti politik adalah berdasarkan jumlah calon yang diletakkan olehnya.

Perlis perkasa program agama tangani gejala sosial
Kerajaan Perlis akan perkasa program keagamaan dalam usaha menangani gejala sosial terutamanya masalah penagihan dadah dan arak di negeri tersebut.

Malaysia laksana tugas dengan cemerlang sebagai Pengerusi ASEAN pada detik genting - Pengerusi FPCI
Dunia kini berada dalam keadaan yang amat sukar dan sistem antarabangsa sedang menghadapi tekanan hebat.

Sarawak sokong matlamat ASEAN di sebalik cabaran ekonomi global
Sarawak sehaluan dan secara aktif menyumbang kepada ASEAN, membuktikan bahawa pemeliharaan alam sekitar dan perpaduan sosial boleh berjalan seiring.

ASEAN seru ekosistem digital yang selamat, inovatif dan terangkum
Para pemimpin digital ASEAN memperbaharui komitmen untuk membentuk masa depan digital yang selamat dan terangkum.

PERANTIS tangani penurunan perwakilan wanita - Nancy
Kemerosotan perwakilan wanita Malaysia dalam politik bukan disebabkan oleh kekurangan sokongan dalam parti tetapi budaya politik yang telah lama diamalkan.

ASEAN perlu pelbagaikan hubungan dagang tingkatkan daya tahan - Ahli ekonomi
Rantau ASEAN tidak lagi boleh bergantung secara berlebihan kepada mana-mana rakan ekonomi tunggal.

New York kekal bandar terkaya dunia, Dubai catat lonjakan pantas
Amerika Syarikat terus mendominasi senarai 50 bandar terkaya dunia berdasarkan bilangan jutawan, dengan 11 bandar AS termasuk dalam senarai.

GP Olahraga Para Dunia: Muhammad Ammar Aiman sambar perak di Dubai
Atlet olahraga para Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi menghadiahkan pingat perak pada Kejohanan Grand Prix Olahraga Para Dunia Dubai.

WEF 2025: Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai
Israel bersedia membolehkan UAE, Arab Saudi, dan pihak lain membina semula Gaza dengan syarat ia tidak mengancam Israel.

Lawatan kerja: Anwar bertemu PM UAE bincang pengembangan usahasama strategik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Perdana Menteri dan Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum pada Isnin di Dubai.

Jadual padat di hari terakhir lawatan kerja Anwar di UAE, dijadual bertemu presiden
Selepas perjumpaan itu Anwar dijadual menghadiri majlis perasmian Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW) 2025 di ADNEC Center di Dubai.

PM Anwar bertemu rakan sejawat di Dubai
Pertemuan berlangsung di Istana Za'abeel di Dubai.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tempat kediaman tertinggi dunia akan dibina di Dubai
Ia akan memintas menara Central Park Tower di New York yang berketinggian 472 meter.

UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.

Lee Chong Wei terkandas di Paris
Chong Wei berkunjung ke Paris untuk majlis 'The Paris 100 Sino-French Badminton Charity Gala' sejak hujung minggu lalu.