Skip to main content

Bisnes

MAG catat untung bersih tinggi RM137 juta pada 2025

Malaysia Airlines
Perolehan kumpulan itu naik kepada RM14.5 bilion, meningkat sebanyak enam peratus tahun ke tahun didorong oleh permintaan terhadap perjalanan yang berterusan, langkah mengoptimumkan rangkaian dan prestasi komersial yang berdisiplin. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group (MAG) mencatat keuntungan bersih sebanyak RM137 juta bagi tahun kewangan 2025, lebih dua kali ganda berbanding RM54 juta yang direkodkan pada 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kapten Nasaruddin A. Bakar berkata, pencapaian itu menandakan tahun keempat berturut-turut kumpulan berkenaan merekodkan keuntungan operasi hasil disiplin pelaksanaan strategi serta tumpuan berterusan terhadap kecekapan dan pengurusan kos.

"MAG turut merekodkan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA)  sebanyak RM1.6 bilion, meningkat 104 peratus berbanding RM788 juta pada 2024, disokong oleh pengukuhan nilai ringgit, persekitaran harga bahan api yang lebih baik serta pengembangan kapasiti di pasaran utama.

Advertisement

"Kumpulan turut merekodkan hasil sebanyak RM14.5 bilion, meningkat enam peratus tahun ke tahun, disokong oleh permintaan perjalanan yang berterusan dan pengoptimuman rangkaian penerbangan.

"Dari segi operasi, kapasiti tempat duduk (ASK) meningkat 16 peratus, manakala jumlah penumpang bertambah kepada 18.6 juta orang dengan faktor muatan penumpang 81 peratus.

"Bagi segmen penerbangan, Malaysia Airlines mencatat pertumbuhan hasil tujuh peratus dan menyambung semula penerbangan ke Paris serta Brisbane, selain meningkatkan kekerapan ke beberapa destinasi utama termasuk Australia dan Asia Selatan," tambah beliau.

Sementara itu, perniagaan bukan penerbangan termasuk kargo, pengendalian darat dan penyelenggaraan pesawat terus menyumbang prestasi kewangan yang memberangsangkan sepanjang tahun lalu.

Nasaruddin berkata, MAG kini memasuki fasa Pelan Perniagaan Jangka Panjang 3.0 (LTBP 3.0) dengan fokus kepada pemodenan armada, ketahanan operasi serta pertumbuhan mampan dalam persekitaran industri yang mencabar.

Must Watch Video