KUALA LUMPUR:Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menyasar untuk menggandakan jumlah penerbangan kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam tempoh 10 tahun akan datang berikutan bermulanya operasi pusat e-penunaian yang baharu, Hab eWTP Cainiao Aeropolis.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata dengan pertumbuhan jumlah kargo, pengendali lapangan terbang itu sedang mengkaji sambungan syarikat penerbangan yang lebih baik melalui KLIA dengan laluan baharu serta kekerapan penerbangan, penggunaan ruang perut dan kapasiti angkut.
"Rakan syarikat penerbangan sedia ada di KLIA akan menikmati hasil perniagaan baharu sementara kami mewujudkan perkongsian sinergistik dengan pemain industri tempatan, contohnya, Pos Aviation, MABKargo dan GTR (Ground Team Red) untuk mengintegrasikan kemudahan sedia ada dalam Cainiao Aeropolis, Malaysia manakala penghantaran batuan terakhir bagi penyelesaian barangan itu akan dikendalikan oleh GDex, Pos Laju, J&T Express dan lain-lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
MAHB dan Alibaba Group menyambut baik permulaan operasi Cainiao Aeropolis, yang dahulunya dikenali sebagai KLIA Aeropolis DFTZ Park, yang merupakan sebahagian daripada usaha bersama mereka dalam mengukuhkan pemulihan ekonomi Malaysia dan menyokong peningkatan aliran perdagangan di rantau yang lebih luas.
Menurut Mohd Shukrie, pada peringkat permulaan, ini dijangka membantu pengendali e-dagang membuat penghantaran dalam tempoh 24 jam di Malaysia dan seterusnya, penghantaran dalam rangka masa 72 jam ke seluruh dunia.
"Kami yakin kemudahan baharu ini akan dapat meningkatkan jumlah kargo sebanyak 700,000 tan metrik, sekali gus menggandakan jumlah semasa KLIA kepada 1.4 juta setahun menjelang 2029.
"Kami mensasarkan pasaran menegak daripada sektor automotif, sukan, fesyen dan gaya hidup, elektronik dan sektor peralatan perubatan, antara lain," katanya.
Hab eWTP Cainiao Aeropolis merangkumi kawasan seluas 24.28 hektar dengan ruang gudang seluas 1.1 juta kaki persegi.
Hab ini merupakan usaha sama antara MAHB dan Alibaba Group, dan adalah fokus keutamaan di bawah perkongsian eWTP (Platform Perdagangan Dunia Elektronik) yang dimeterai antara kerajaan dan Alibaba Group pada 2017.
- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 04 2020

Hab eWTP Cainiao Aeropolis merangkumi kawasan seluas 24.28 hektar dengan ruang gudang seluas 1.1 juta kaki persegi. - Twitter/MY_Airports

Melayu mudah lupa bersama PH - Abdul Hadi
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang melabelkan orang Melayu termasuk pemimpinnya yang bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai Melayu yang mudah lupa.

Penubuhan yayasan bagi setiap persatuan sukan tak munasabah - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berpendapat agak sukar untuk setiap persatuan sukan menubuhkan yayasan sendiri khususnya bagi menjaga kebajikan bekas atlet mereka sewaktu di alam persaraan.

Jamal Abdillah, 29 penggiat seni dibenar saman tuntut royalti PRISM
Jamal menganggap keputusan itu juga adalah satu amaran kepada pihak badan pelesenan lain agar lebih telus dalam melaksanakan tugas dan memberi kesedaran kepada penggiat seni

Hanya JDT bida, Stadium Sultan Ibrahim hos final Piala FA 2023
Gelanggang keramat juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri, sah dipilih sebagai venue perlawanan akhir Piala FA 2023.

Belum tiba masa lawan Brazil, Argentina - Hamidin
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendedahkan skuad Harimau Malaya berpeluang mengadakan aksi persahabatan berdepan dua gergasi bola sepak dunia, Brazil dan Argentina, pada akhir tahun lepas.

Budak 2 tahun hilang di ladang kelapa sawit
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dikhuatiri hilang di kawasan ladang kelapa sawit di Kinabatangan sejak lima hari lalu.

Lorong 'SmartLane' USJ-Seafield di Lebuhraya ELITE bermula hari ini
Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dari USJ ke Seafield boleh menggunakan lorong paling kiri menerusi ujian rintis awam 'SmartLane' bermula hari ini.

Isu Pulau Pinang: "Saya ada sandaran" - Sanusi sedia ke mahkamah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor bersedia untuk ke mahkamah berhubung dakwaan Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Isu Islamofobia antara yang akan dibincang dalam lawatan ke Paris - Zambry
Malaysia akan membincangkan isu menangani Islamofobia dalam lawatan sulung Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir ke Paris, Perancis pada Khamis.

Agong zahir ucapan Selamat Menyambut Ulang Tahun TUDM ke-65
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-65 kepada seluruh warga dan veteran TUDM.

Aliran pergerakan penumpang MAHB kekal lebih sembilan juta pada April 2023
MAHB berkata, aliran pergerakan itu mulai ketara pada minggu ketiga April bersempena sambutan Aidilfitri pada 22 April, 2023.

MAHB beroperasi kapasiti penuh, jangka 31,600 pengembara musim haji
Peningkatan aliran penumpang pada musim haji tahun ini diramal menyumbang kepada 12 hingga 28 peratus kenaikan dalam pergerakan jumlah penumpang bulanan bagi Malaysia.

MAHB kekal untung selepas merekodkan untung bersih suku pertama RM58.19 juta
MAHB catat untung bersih RM58.19 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2023 berbanding kerugian RM104.76 juta pada suku yang sama sebelumnya.

Gangguan bekalan air: Penerbangan diminta isi air sebelum ke Kota Kinabalu
Semua penerbangan diminta untuk mengisi air pesawat mereka di tempat asal sebelum berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) susulan gangguan bekalan air di lapangan terbang itu.

AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24
Bagaimanapun, keuntungan bersih FY25 dikekalkan dengan menjangkakan peningkatan yang mampan dalam trafik penumpang MAHB.

MAHB lakukan transformasi untuk tingkatkan trafik udara
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah memulakan proses transformasi yang melibatkan penyampaian perkhidmatan dan infrastruktur untuk rangkaian lapangan terbangnya di seluruh negara.

Lapangan terbang Malaysia catat 6.7 juta pergerakan penumpang pada Mac 2023 - MAHB
Kenaikan jumlah pergerakan penumpang didorong oleh penyambungan semula pelbagai laluan penerbangan susulan permintaan yang meningkat.

Tempat letak kereta baharu Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang mula beroperasi
Iskandar Mizal berkata tempat letak kereta bertingkat yang baharu itu dijangka dapat menangani isu kesesakan tempat letak kereta di PIA.

Lantikan politik: Perlu bezakan antara GLC dan badan berkanun - Loke
Perkara itu ditegaskan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke ketika menyanggah kritikan berhubung isu pelantikan beberapa ahli politik ke dalam badan berkanun.

MAHB catat pergerakan penumpang lebih tinggi pada Februari
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan jumlah pergerakan penumpang sebanyak 8.3 juta pada Februari, yang mana 3.9 juta adalah penumpang antarabangsa manakala 4.4 juta adalah domestik.