awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DBKL buka portal OSC kepada umum, perkukuh ketelusan perancangan bandar
Penterjemahan 45 jilid ensiklopedia fiqh dijangka siap 2028 - Zulkifli
Super 1000 diperluas kepada lima kejohanan bermula 2027 - BWF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majalah Malaysian Business muncul kembali

Astro Awani
Astro Awani
25/01/2017
11:09 MYT
Majalah Malaysian Business muncul kembali
Hak penerbitan majalah itu kini dibeli pemilik baharu Datuk Dr Mohd Daud Bakar (gambar) yang merupakan pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Perkhidmatan Kewangan Amanie. -Astro AWANI
Majalah perniagaan Malaysian Business kembali menemui pembaca bermula April setelah diambil alih oleh pemilik baharu.
Hak penerbitan majalah itu kini dibeli pemilik baharu Datuk Dr Mohd Daud Bakar yang merupakan pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Perkhidmatan Kewangan Amanie.
Dr Mohd Daud aktif dalam pelbagai kapasiti pengurusan tertinggi industri kewangan Islam di peringkat global.
Malaysian Business akan diterajui Dr Mohd Daud yang berperanan sebagai Ketua Pengarang (Editor-in-Chief), manakala Mior Azhar akan kembali memegang jawatan Pengarang.
Malaysian Business mula diterbitkan pada 1972 dan berjaya membina reputasi sebagai majalah perniagaan berbahasa Bahasa Inggeris terunggul di Malaysia.
Majalah tersebut merupakan antara terbitan buku dan majalah kumpulan Berita Publishing yang pada asalnya bernaung di bawah payung The New Straits Times Group.
Kumpulan Berita Publishing telah dijual kepada tokoh kewartawanan Datuk A Kadir Jasin dan berjaya bertahan beberapa tahun sebelum operasi penerbitan dihentikan pada tahun 2016.
Malaysian Business dalam bentuk bercetak yang lebih setahun dihentikan penerbitannya ini juga boleh dibaca melalui edisi dalam talian.
Topic Berkaitan
#Berita Publishing
#Malaysian Business
#Mior Azhar
#Mohd Daud Bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan