awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malayan Flour Mills dijangka naikkan harga jualan tepung bagi tampung kenaikan harga gandum - AmInvestment

Dagang News
Dagang News
20/04/2022
03:14 MYT
Malayan Flour Mills dijangka naikkan harga jualan tepung bagi tampung kenaikan harga gandum - AmInvestment
AmInvestment Bank Research percaya pendapatan Malayan Flour akan terus disumbangkan oleh penjualan tepung pada tahun kewangan 2022. - Foto DagangNews
KUALA LUMPUR: AmInvestment Bank Research menjangkakan pengeluar tepung termasuk Malayan Flour Mills Berhad akan menaikkan harga jualan produk mereka sebagai usaha mengurangkan kesan kenaikan harga gandum.
Firma penyelidikan itu berkata, peningkatan pendapatan daripada jualan tepung adalah mencukupi untuk menampung kerugian yang dialami dalam bidang penternakan ayam dan itik.
Katanya, segmen berkenaan dijangka terus mengalami kerugian pada FY22F akibat kenaikan harga makanan untuk haiwan ternakan.
Harga siling bagi ayam ditetapkan pada RM8.90 sekilogram manakala RM6.50 untuk ayam hidup dan mengikut laporan Bloomberg, purata harga kacang soya Amerika Syarikat (AS) meningkat sebanyak 35% kepada AS$15.61 (RM66.95) bagi setiap gantang pada 1QFY22 berbanding AS$11.56 (RM49.58) pada 1QFY21.
Harga purata jagung AS meningkat sebanyak 42.8% kepada AS$6.71 (RM28.78) untuk satu gantang pada 1QFY22 berbanding AS$4.70 (RM20.16) pada 1QFY21.
"Kami percaya pendapatan Malayan Flour akan terus disumbangkan oleh penjualan tepung pada FY22F.
"Kami juga percaya bahagian penternakan Malayan Flour akan lebih banyak menjual bahagian-bahagian ayam kerana ia tidak tertakluk kepada harga siling yang ditetapkan.
"Buat masa sekarang, pusat pemprosesan ayam mereka di Lumut beroperasi pada kadar 50% ke 60% berbanding 50%," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma penyelidikan itu berkata, industri penternakan sedang dalam fasa pemulihan selepas permintaan terus meningkat daripada sektor hotel, restoran, kafe (HORECA).
Bagaimanapun berlaku kekurangan bekalan sebanyak 30% akibat kekurangan tenaga pekerja, pemberhentian petani kontrak akibat kenaikan kos pengeluaran dan penyakit yang menyerang haiwan ternakan di wilayah selatan Malaysia.
"Kami mengekalkan saranan 'beli' untuk saham Malayan Flour Mills dengan harga sasaran (TP) tidak berubah sebanyak RM1.00," katanya. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Malayan Flour Mills
#AmInvestment Bank Research
#harga tepung
#industri penternakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan