Malaysia Airlines Bhd menawarkan potongan sehingga 30 peratus ke atas tambang Kelas Ekonomi dan sehingga 35 peratus untuk Kelas Perniagaan bagi semua destinasi bermula 5 hingga 18 November sempena promosi Jualan Akhir Tahun (YES).
Dalam kenyataan pada Isnin, syarikat penerbangan itu berkata promosi tersebut sah untuk perjalanan dari 5 November 2019 hingga 30 September 2020.
Mengikut kempen itu, pelanggan Kelas Ekonomi boleh menikmati perjalanan pergi-balik dan tambang termasuk semua daripada serendah RM661 untuk destinasi Bali, mulai RM1,299 bagi penerbangan ke Seoul, daripada RM1,569 ke Tokyo, daripada RM1,699 ke destinasi Sydney dan daripada serendah RM2,999 ke London, dengan berlepas dari Kuala Lumpur.
Sementara itu, bagi yang melakukan perjalanan sehala dengan Kelas Ekonomi untuk ke destinasi tempatan, mereka boleh menikmati tambang termasuk semua daripada serendah RM89 bagi perjalanan ke Pulau Pinang, daripada RM129 untuk ke Kuching dan serendah RM179 bagi penerbangan ke Kota Kinabalu.
Malaysia Airlines berkata promosi itu terpakai bagi semua kategori tambang Kelas Ekonomi -- Basic, Smart dan Flex -- untuk perjalanan antarabangsa serta Economy Lite untuk perjalanan tempatan sahaja.
Semua kategori tambang Kelas Ekonomi turut ditawarkan bersama hidangan ringan dan hiburan dalam penerbangan secara percuma.
Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Kumpulan Lau Yin May berkata jualan itu diadakan bersempena kempen Fly Malaysia, dalam usaha menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.
"Cara terbaik untuk menikmati keindahan Malaysia, ialah terbang bersama Malaysia Airlines, jadi tempahlah sekarang dan nikmati Malaysian Hospitality (layanan baik Malaysia) pada harga terbaik," katanya.
Beliau berkata tambang itu turut ditawarkan berserta hidangan ringan percuma serta elaun bagasi daftar masuk (kecuali Economy Lite) tanpa caj tersembunyi bagi pembelian secara dalam talian.
Dalam tempoh kempen ini, Malaysia Airlines Holidays (MHholidays) secara eksklusif juga membuat tawaran potongan sehingga 50 peratus bagi pakej gabungan penerbangan dan hotel untuk semua penerbangan yang dikendalikan Malaysia Airlines.
Syarikat penerbangan itu juga menawarkan pelbagai perkhidmatan nilai tambah untuk dinikmati pelanggan semasa tempoh kempen, termasuk diskaun 22 peratus ke atas MHinsure dengan memasukkan kod promosi MHINSURE22 di https://mas-mawl.poweredbycovermore.com/, pakej nilai untuk 10 kilogram bagasi tambahan, tempat duduk standard serta pakej premium dengan akses ke Golden Lounge Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur selain tempat duduk dengan ruang kaki lebih luas.
Potongan 11 peratus juga diberikan bagi perkhidmatan pengangkutan dari lapangan terbang ke tempat penginapan dengan memasukkan kod promosi MHYEARENDSALE di https://malaysiaairlines.conxxe.com/en/.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 04 2019
Promosi itu terpakai bagi semua kategori tambang Kelas Ekonomi -- Basic, Smart dan Flex -- untuk perjalanan antarabangsa serta Economy Lite untuk perjalanan tempatan sahaja. - Gambar fail
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Tawar 50 peratus diskaun, JMKU Aidilfitri Sungai Buloh termurah di seluruh negara
Diskaun sehingga 50 peratus bagi barangan keperluan dapur dan kelengkapan raya menjadi tarikan istimewa program Jualan MADANI Koperasi dan Usahawan (JMKU) sempena Aidilfitri.
Tambang feri: Diskaun 30 peratus untuk pengguna motosikal mulai esok
Sepanjang bulan ini, PPSB telah memantau dengan teliti komen dan kebimbangan orang ramai berhubung perkhidmatan feri Pulau Pinang.
Johor setuju beri diskaun 80 peratus pembayaran premium tanah - Zahid
Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberi diskaun sebanyak 80 peratus bagi pembayaran premium tanah, yang bernilai RM1.6 juta.
Perak cadang peniaga beri diskaun galak pengguna bawa bekas makanan sendiri di bazar Ramadan
Kerajaan Negeri Perak mencadangkan peniaga menawarkan harga diskaun kepada pembeli yang membawa bekas makanan sendiri ketika membeli juadah.
MOT bincang untuk sediakan pakej khas penerbangan untuk pelajar
Setakat ini, hanya Malaysia Airlines (MAS) menawarkan diskaun 30% daripada harga tiket penerbangan, kepada pelajar yang berdaftar.
Kempen 1 Jari: Ini puluhan tawaran menarik buat pengundi!
Seronok nak mengundi kali ini. Banyak sungguh tawaran diskaun produk, makanan, minuman dan pelbagai lagi yang disediakan!
My50, MyWIRA selari agenda memartabatkan pengangkutan awam - Prasarana
Prasarana dalam kenyataan memaklumkan inisiatif berkenaan adalah bukti kerajaan prihatin dengan kebajikan dan kesejahteraan rakyat selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia.
Diskaun 40 peratus untuk bayaran balik pinjaman pendidikan Yayasan Pahang
Kerajaan Pahang menerusi Yayasan Pahang menawarkan diskaun 40 peratus bayaran balik pinjaman pendidikan yayasan berkenaan kepada peminjam sempena ulang tahun ke-40 penubuhannya tahun ini.
KTMB perkenal pakej Keluarga Malaysia, diskaun 25 peratus
KTMB menyasarkan peningkatan jualan tiket terutama ketika musim cuti sekolah pada Mac ini dan sambutan Aidilfitri pada Mei.
Peluang bayar balik pinjaman PTPTN menerusi tawaran menarik insentif diskaun
Insentif pemberian diskaun kepada peminjam PTPTN disambut baik apabila ramai mengambil pendekatan itu untuk melangsaikan baki tertunggak.