awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kejayaan usahawan perintis tanaman bawang bukti keberkesanan kerjasama MARDI, petani
Bali akan periksa baki akaun simpanan pelancong asing dalam usaha promosi pelancongan berkualiti
AKPS Rantau Panjang rekod lebih 1.78 juta pergerakan keluar masuk sepanjang 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia akan kekal berkecuali, komited menjadi negara destinasi pelaburan selamat – Tengku Zafrul

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
11/11/2024
20:45 MYT
Malaysia akan kekal berkecuali, komited menjadi negara destinasi pelaburan selamat – Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata kerajaan komited memastikan negara menjadi destinasi mesra perdagaangan dan selamat untuk tujuan pelaburan. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Dalam suasana perang teknologi yang kian memuncak antara ekonomi-ekonomi besar dunia, Malaysia perlu kekal berkecuali dan tidak cenderung kepada mana-mana pihak.
Menteri Perdagangan, Pelaburan & Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan komited memastikan negara menjadi destinasi mesra perdagaangan dan selamat untuk tujuan pelaburan.
"Dalam perang dingin ini yang juga disebut sebagai perang teknologi ini, kita perlu memberi fokus kepada kekuatan Malaysia. Seperti yang Perdana Menteri selalu sebut, kita adalah sebuah negara yang berkecuali dan berkawan dengan semua negara.
“Pada masa yang sama kita perlu berhati-hati. Memang ada tekanan melalui tariff dan sebagainya. Oleh itu, kita perlu objektif bahawa setiap perkara yang kita lakukan benar-benar membawa limpahan kepada rakyat dan ekonomi Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Malaysia akan kekal berkecuali, komited menjadi negara destinasi pelaburan selamat – Tengku Zafrul
Tambah Tengku Zafrul, bergerak ke depan Malaysia perlu mengekal sikap tidak berpihak dan tegas dengan pendirian sendiri sebagai sebuah negara berdaulat tanpa condong ke arah kuasa geopolitik dunia tertentu.
Menurutnya lagi, kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara penengah terbukti melalui penyertaan dalam pelbagai blok kerjasama ekonomi dan komprehensif.
“Kalau kita lihat kepada Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), kita berdagang dengan semua negara. Kita baru sahaja menjadi rakan kepada BRICS.
“Pada masa sama kita juga berada dalam Perjanjian Komprehensif Dan Progresif Bagi Perkongsian Trans-pasifik (CPTPP), Perkongsian Komprehensif Ekonomi Serantau (RCEP), Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), ASEAN dan sebagainya,” ujarnya.
Agenda AWANI: CIIE 2024 | Limpahan Ekonomi dan Pindahan Teknologi
Topic Berkaitan
#APEC
#ASEAN
#BRICS
#MITI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan