awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran besar landa tapak kediaman menteri propaganda Nazi di Berlin
MOTAC, MOF bincang keperluan jaminan insurans untuk ejen pelancongan - Tiong
Pastikan setiap projek dilaksana segera, beri kesan kepada komuniti setempat - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia alu-alukan kerjasama China dalam pembangunan industri REE - MITI

Bernama
Bernama
16/10/2025
20:15 MYT
Malaysia alu-alukan kerjasama China dalam pembangunan industri REE - MITI
MITI berkata, Malaysia sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan negara-negara asing yang berkeupayaan dalam pembangunan sumber REE termasuk dari China dan Amerika Syarikat. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia mengalu-alukan kerjasama dengan China dalam membangunkan industri pemprosesan unsur nadir bumi (REE) tempatan, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
MITI berkata, Malaysia sentiasa memanfaatkan kerjasama strategik dengan negara berkeupayaan teknologi tinggi dalam pemprosesan REE memandangkan walaupun mempunyai deposit nadir bumi, negara masih belum memiliki kepakaran dan teknologi mencukupi untuk memprosesnya.
"Malaysia sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan negara-negara asing yang berkeupayaan dalam pembangunan sumber REE termasuk dari China dan Amerika Syarikat (AS)," kata kementerian itu menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen.
MITI menjawab pertanyaan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) yang meminta penjelasan bagaimana kementerian mengimbangi tawaran China membangunkan industri REE dengan hubungan sedia ada bersama AS.
Menurut MITI, langkah itu juga bertujuan memastikan Malaysia tidak terlalu bergantung kepada teknologi pemisahan REE dari satu negara sahaja.
MITI juga menegaskan bahawa strategi ini selaras dengan pelaksanaan dasar nasional seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Pelan Hala Tuju Teknologi Bahan Termaju Negara 2021-2030 yang menumpukan pembangunan bahan berteknologi tinggi.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerjasama China
#MITI
#nadir bumi
#REE
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan