Skip to main content

Politik

Abang Johari diberi mandat penuh tentukan calon GPS - Uggah

Pada 23 Okt lepas, Abang Johari yang juga Premier Sarawak mengumumkan DUN Sarawak dibubarkan berkuat kuasa 26 Okt bagi memberi laluan kepada PRN13. - Gambar fail/Bernama
Pada 23 Okt lepas, Abang Johari yang juga Premier Sarawak mengumumkan DUN Sarawak dibubarkan berkuat kuasa 26 Okt bagi memberi laluan kepada PRN13. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg diberi mandat penuh untuk menentukan calon gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri ke-13 (PRN13).

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang juga Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata persetujuan itu dicapai oleh semua parti komponen GPS dalam mesyuarat gabungan berkenaan sebelum ini.

“Semua bersetuju dan menyokong pemberian mandat kepada Abang Johari untuk membuat keputusan muktamad dalam pemilihan calon,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) PBB hari ini.

Advertisement

Pada 23 Okt lepas, Abang Johari yang juga Premier Sarawak mengumumkan DUN Sarawak dibubarkan berkuat kuasa 26 Okt bagi memberi laluan kepada PRN13. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 6 Nov ini bagi membincangkan tarikh penting dan perkara berkaitan PRN itu.

Advertisement

GPS dianggotai empat parti komponen iaitu PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Sementara itu, Uggah ketika mengulas kemungkinan PRN13 diadakan ketika Monsun Timur Laut berkata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan berhubung dengan SPR bagi tujuan pemantauan dan penyelarasan berdasarkan perkembangan ramalan cuaca terkini.

“Kami sendiri belum tahu bila pilihan raya akan diadakan, namun kami dimaklumkan bahawa musim monsun sudah bermula sehingga Mac tahun depan,” katanya.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement