KUALA LUMPUR: Malaysia menerusi syarikat minyak dan gas negara, Petroliam Nasional Bhd (Petronas), memeterai Perjanjian Unitasi (UA) dengan Brunei Darussalam meliputi medan minyak Gumusut-Kakap dan Geronggong-Jagus East yang terletak di sepanjang sempadan maritim kedua-dua negara tersebut.
Perjanjian UA itu secara rasminya mengukuhkan penerusan kerjasama antara Malaysia dan Brunei serta mewujudkan platform bagi pembangunan bersama di kawasan itu oleh Petronas dan Sekretariat Unitasi Kebangsaan (NUS) Brunei untuk mempertingkat nilai yang diperoleh daripada aset tersebut untuk kedua-dua negara, demikian menurut kenyataan Petronas pada Isnin.
"Pemeteraian itu pada hari ini adalah bukti sinergi antara Petronas dan Kementerian Tenaga Brunei serta memaparkan satu lagi langkah ke arah memperkukuh kerjasama yang lama terjalin bagi berkongsi kejayaan yang lebih besar," kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz yang hadir sama pada majlis tersebut.
Beliau berkata, susulan daripada pemeteraian perjanjian bermakna itu, Petronas yakin kedua-dua pihak dapat meneruskan momentum kukuh untuk membangunkan sektor tenaga di negara masing-masing demi pertumbuhan jangka panjang serta kemakmuran Brunei serta Malaysia.
Majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan pada Isnin bersempena Rundingan Pemimpin Tahunan ke-23 Malaysia-Brunei Darussalam, turut disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Brunei diwakili oleh Pemangku Menteri Tenaga, Datuk Seri Paduka Awang Matsatejo Sokiaw.
Hadir sama adalah Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan Petronas Adif Zulkifli dan Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia, Mohamed Firouz Asnan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 05 2021
Pemeteraian perjanjian antara Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz dan pemangku Menteri Tenaga Brunei Datuk Seri Paduka Awang Haji Matsatejo Sokiaw di Istana Nurul Iman hari ini. - Bernama
UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa
UNICEF menyeru tindakan segera pada lewat Jumaat ketika kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus menghadapi pertumpahan darah setiap hari, lapor Agensi Anadolu.
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Petronas rancang labur AS$4.1 bilion di negeri Tamil Nadu - Media India
Petronas sasar tubuh loji hidrogen serta ammonia hijau dan projek itu telah mendapat kelulusan kerajaan negeri.
Petronas catat untung selepas cukai RM101.6 bilion terbesar dalam sejarah
Petronas merekodkan pendapatan dan keuntungan selepas cukai (PAT) bagi tahun kewangan 2022 tertinggi dalam sejarah penubuhannya.
Petronas jual keseluruhan kepentingan dalam Engen kepada Vivo Energy
Petronas percaya Vivo Energy bukan sahaja akan mengekalkan operasi yang mantap bagi Engen tetapi akan membantu mengemudi syarikat itu melalui fasa pertumbuhan seterusnya.
Petronas jangka harga minyak mentah alami pelarasan bermula 2023
Harga minyak mentah dijangka mengalami pelarasan bermula 2023 tetapi akan kembali normal ke paras seperti sebelum pandemik.
Malaysia, Brunei meterai perjanjian bagi dua medan luar pesisir
Malaysia menerusi syarikat minyak dan gas negara, Petronas, memeterai UA dengan Brunei meliputi medan minyak Gumusut-Kakap dan Geronggong-Jagus East yang terletak di sepanjang sempadan maritim.
Petronas, syarikat tenaga global pertama hasilkan LNG daripada dua kemudahan terapung
Petronas menjadi syarikat tenaga global yang pertama mengeluarkan gas asli cecair daripada dua kemudahan terapung berikutan penghantaran kargo pertama oleh Petronas Floating LNG DUA pada 24 Mac, 2021.
Petronas catat kerugian bersih RM21 bilion pada suku kedua 2020, tiada pemberhentian pekerja
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengumumkan kerugian selepas cukai RM21 bilion untuk suku kedua 2020 (2Q2020), berbanding keuntungan bersih RM14.7 bilion tempoh sama tahun lalu sehubungan COVID-19.
Terserah kepada Petronas untuk putuskan tawaran Saudi Aramco - Tun Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed berkata terserah sepenuhnya kepada Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk memutuskan sama ada mahu mengambil bahagian dalam tawaran IPO Saudi Aramco.
Petronas pasang pemanas minyak mentah bagi kompleks penapisan di PIC
Relau yang biasanya dikenali sebagai pemanas minyak mentah itu adalah komponen penting dalam unit penyulingan mentah dan dalam menyediakan saluran bagi unit pemprosesan lain di kompleks penapisan.