KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) akan mengambil peluang akibat ketegangan politik di Eropah dan kekurangan minyak masak untuk mempromosikan minyak sawit Malaysia, sekali gus membuka jalan bagi komoditi ini mendapatkan semula bahagian pasarannya terutamanya di Kesatuan Eropah (EU).
Menteri berkenaan Datuk Zuraida Kamaruddin berkata konflik di Ukraine sejak 24 Feb lepas telah menjejaskan bekalan global minyak sayuran yang ketara kerana ketidaktentuan eksport melalui Laut Hitam yang mengakibatkan harga minyak sayuran/masak menjadi lebih tinggi.
"Konflik Rusia-Ukraine ini telah menyebabkan kekurangan minyak bunga matahari dan minyak biji sesawi kerana kedua-dua negara menyumbang 80 peratus daripada eksport global.
"KPPK percaya ketegangan di Laut Hitam akan memberi impak positif kepada industri minyak sawit Malaysia berikutan banyak negara Eropah yang bergantung kepada minyak bunga matahari, kini sedang beralih kepada minyak sawit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zuraida berkata Ukraine dan Rusia sedang memasuki masa kritikal untuk penanaman bunga matahari yang sepatutnya bermula pada April, bagaimanapun, perang yang berpanjangan boleh memberi kesan kepada musim penanaman ini.
Eksport minyak bunga matahari dari Ukraine dan Rusia menyumbang 10 peratus daripada semua eksport minyak masak global, katanya.
Beliau berkata penganalisis pasaran kini menjangkakan peningkatan permintaan minyak sawit dari rantau EU dalam masa terdekat memandangkan kuantiti eksport kacang soya yang lebih rendah dari Brazil, Paraguay, Rusia dan Ukraine serta pengurangan minyak bunga matahari dari Rusia, Kazakhstan dan Ukraine.
Menurutnya selain langkah terbaru Indonesia selaku pengeksport minyak sawit terbesar dunia untuk meluaskan skop larangan eksport bahan mentah bagi minyak masak termasuk minyak sawit mentah dan ditapis, harga global minyak sayuran berkemungkinan kekal tinggi untuk separuh pertama 2022.
"Saya percaya inilah masanya untuk minyak sawit mendapatkan semula keyakinan daripada pembeli Eropah walaupun komoditi ini telah menerima publisiti yang kurang baik sebelum ini," katanya.
Menurut Zuraida, beliau telah mengarahkan agensi berkaitan di bawah KPPK seperti Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk melaksanakan kempen yang agresif untuk komoditi ini supaya dapat mengisi jurang di pasaran global.
Katanya agensi-agensi ini dengan kerjasama KPPK perlu memastikan minyak sawit Malaysia kekal sebagai pilihan utama di pasaran global untuk jangka panjang, terutamanya kepada pengguna yang sebelum ini telah terdedah kepada propaganda negatif.
"Sudah tiba masanya untuk kita meningkatkan usaha menentang propaganda yang memburukkan kredibiliti minyak sawit dan perlu mempamerkan pelbagai manfaat kesihatan minyak emas ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 06 2022
Menurutnya, harga global minyak sayuran berkemungkinan kekal tinggi untuk separuh pertama 2022. - Gambar hiasan
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Minyak sawit Malaysia tembusi pasaran baharu dengan penerimaan global lebih besar - Zuraida
Minyak sawit Malaysia berjaya menembusi pasaran global baharu terutamanya di tiga negara iaitu, Estonia, Republik Czech dan Hungary.
KPPK sasar penggunaan lada tempatan di semua hotel
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menyasarkan penggunaan lada tempatan di semua hotel di seluruh negara, kata menterinya Datuk Zuraida Kamaruddin.
Kerajaan Sarawak diharap peruntukkan lebih banyak kawasan untuk penanaman lada - Zuraida
Katanya, Sarawak mempunyai tanah yang luas, mampu menampung permintaan bekalan lada yang meningkat ketika ini.
Manusia punca hidupan liar pupus, bukan minyak sawit - KPPK
Aktiviti pemburuan menjadi penyumbang utama kepada kemerosotan jumlah orang utan di Borneo sejak 200 tahun lepas, iaitu jauh sebelum bermulanya pembangunan minyak sawit sekitar 1970-an.
KPPK harap proses pengambilan pekerja asing guna platform digital sepenuhnya
Pengambilan pekerja asing secara berperingkat kepada platform digital sepenuhnya memudahkan lagi proses berkenaan.
Aktiviti penuaian kelapa sawit masih terjejas akibat kekurangan pekerja asing
Aktiviti penuaian buah tandan segar dalam industri sawit negara masih lagi terjejas akibat kemasukan pekerja asing yang perlahan.
Nilai eksport biokomposit negara catat RM4.3 bilion tahun lepas
Industri biokomposit di Malaysia kini berkembang pesat dengan negara mencatatkan nilai eksport sebanyak RM4.3 bilion.
Isu bekalan ayam: Promosi sisa isirung sawit sebagai makanan haiwan
KPPK akan meningkatkan usaha mempromosikan penggunaan sisa isirung sawit sebagai makanan haiwan bagi memastikan Malaysia mempunyai bekalan ayam yang mampan.
Malaysia buka jalan raih semula bahagian pasaran di EU - Zuraida
KPPK akan mengambil peluang akibat ketegangan politik di Eropah dan kekurangan minyak masak untuk mempromosikan minyak sawit Malaysia, dab membuka jalan bagi komoditi ini mmendapat bahagian di EU.
Kementerian dan pihak berkepentingan bincang pelan lima tahun promosi minyak sawit
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, agensi dan penggiat industri akan bersama-sama merangka pelan lima tahun untuk mempromosikan minyak sawit Malaysia.