Malaysia catat peningkatan keterangkuman kewangan - Kajian

Program pendidikan kewangan, akses digital, dan sokongan kepada PKS serta golongan berpendapatan rendah jadi pemacu utama. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat peningkatan menyeluruh dalam keterangkuman kewangan, menurut laporan terkini Indeks Keterangkuman Kewangan Global oleh Principal yang dijalankan bersama Centre for Economics and Business Research (Cebr).
Ringkasan AI
- Negara berada di kedudukan ke-26 daripada 42, dengan peningkatan dalam sokongan kerajaan, akses kewangan, dan literasi.
- Program pendidikan kewangan, akses digital, dan sokongan kepada PKS serta golongan berpendapatan rendah jadi pemacu utama.
- Munirah tegaskan keterangkuman kewangan penting untuk ekonomi dan kesejahteraan sosial, serta perlu kerjasama sektor awam-swasta.
Ketua Pegawai Eksekutif Principal Malaysia, Munirah Khairuddin berkata pencapaian ini mencerminkan komitmen negara dalam memperkukuh ekosistem kewangan yang inklusif dan mampan.
“Malaysia menunjukkan prestasi kukuh dalam aspek sokongan dasar dan infrastruktur kewangan, sekali gus membolehkan lebih ramai rakyat mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan yang relevan,” katanya menerusi satu kenyataan media pada Selasa.
Beliau turut menekankan bahawa keterangkuman kewangan bukan sahaja penting untuk pertumbuhan ekonomi, malah menjadi asas kepada kesejahteraan sosial dan pembangunan negara secara menyeluruh.
Indeks tersebut turut menekankan kepentingan kerjasama antara sektor awam dan swasta dalam memperluas keterangkuman kewangan, terutamanya dalam menghadapi cabaran ekonomi global dan ketidaktentuan pasaran.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami